GARA-GARA watak Myung Ki dalam drama bersiri Squid Game, pelakon dan penyanyi Im Siwan menerima banyak kecaman dalam kalangan netizen di media sosial.
Rata-rata meluahkan rasa marah apabila watak berkenaan menjadikan bayi sendiri sebagai bahan ugutan untuk memenangi permainan sekaligus menang wang tunai.
Malah ada juga kurang senang melihat lakonan Siwan dalam sebuah babak yang menunjukkan dia seolah-olah mahu mencampakkan bayi berkenaan.
Menerima dengan hati terbuka, bagi Siwan setiap komen yang diberikan juga sebagai satu tanda bahawa lakonannya benar-benar memberi kesan.
Im Siwan sebagai Myung Ki dalam Squid Game.
"Kebelakangan ini saya terima banyak kecaman. Sebagai pelakon, saya selalu mendengar bahawa kecaman terhadap watak adalah satu keberkatan.
"Saya anggap ia sebagai satu pujian dan cuba hadapi saat ini dengan positif," katanya.
Siwan berkongsi perkara itu menerusi satu temubual sempena pelancaran siri ketiga Squid Game yang diadakan di sebuah kafe di Seoul, Korea Selatan pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Im Siwan dedah T.O.P alami kecederaan patah tulang, puji tetap semangat selesaikan penggambaran ‘Squid Game 2’
ARTIKEL BERKAITAN: Im Siwan sumbang RM73,000 kepada kanak-kanak miskin sempena ulang tahun ke-32
Berkongsi lanjut, dia yang membawa karakter pemain Nombor 333 dalam drama itu memberitahu tidak mahu lagi menerima tawaran dengan watak sama.
Sebagai seorang pelakon berkaliber, Siwan berharap dia dapat memberikan kelainan dalam setiap watak.
"Lepas watak Myung Ki ni, saya semakin yakin untuk berhenti bawa watak jahat.
"Saya nak cuba watak-watak yang lembut dan baik. Kalau boleh, saya nak tunjukkan sisi lain diri sendiri," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube