suria

Dua bulan bercerai, Lee Si Young umum hamil anak kedua…. Bekas suami sedia bertanggungjawab

Si Young mahu bertanggung jawab sepenuhnya dengan keputusan dilakukan.

BAHARU dua bulan bercerai, pelakon Lee Si Young mengumumkan dia kini hamil anak kedua bersama bekas suaminya, Cho Seong Hyun.

Difahamkan usia kandungannya kini memasuki 14 minggu selepas selepas menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) bagi mendapatkan anak kedua pada usia sudah mencecah 43 tahun.

"Saya kini sedang hamil anak kedua. Ketika dalam perkahwinan saya ada menjalani rawatan IVF untuk anak kedua. 

Si Young buat keputusan tanpa persetujuan bekas suami.

"Kebetulan tempoh lima tahun penyimpanan embrio yang dibekukan hampir tamat, ketika tarikh hampir tiba saya memilih untuk menjalani proses pemindahan embrio itu.

"Walaupun pihak satu lagi tidak bersetuju, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan ini," ujarnya.

Sementara itu bekas suaminya, Seong Hyun mengakui tidak bersetuju dengena keputusan yang dilakukan Si Young. 

Namun dia meluahkan rasa sedia untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas ank yang bakal lahir nanti. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang bercuti di Perancis, Lee Si Young umum penceraian dengan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Se Young nampak tak selesa dipeluk pelakon senior, netizen anggap itu gangguan seksual

"Memang benar saya tidak bersetuju dengan kehamilan anak kedua ini. Lagipun, kami sudah bercerai. 

"Kini anak itu sedang dikandung, jadi saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang bapa," kongsinya.

Untuk rekod, Si Young mendirikan rumah tangga bersama usahawan makanan pada 2017 dan mereka juga memiliki seorang cahaya mata lelaki bersama.

Mereka bagaimanapun membawa haluan masing-masing pada Mac 2025

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain