suria

Kevin Jonas Brothers hampir diisytihar muflis, 90 peratus pelaburan hartanah dibuat gagal

Kevin hampir muflis selepas kumpulan Jonas Brothers berpecah dahulu.

AHLI kumpulan Jonas Brothers, Kevin Jonas pernah membuat keputusan kurang bijak dalam hal kewangan sehingga hampir diisytiharkan muflis.

Menurut Kevin, 38, ketika itu dia benar-benar tidak memahami nilai wang dan cara menguruskannya dengan betul.

“Saya menyaksikan kejayaan mula memuncak, namun pada masa sama saya tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan kewangan dengan betul.

Kevin hilang 90 peratus hartanya.

"Saya hampir muflis kerana kehilangan hampir semua wang yang telah saya laburkan,” katanya.

Pengakuan itu dikongsikan Kevin menerusi episod terbaharu podcast The School of Greatness.

Kevin memaklumkan insiden itu berlaku kira-kira sembilan tahun lalu ketika duit simpanannya hanya tinggal 10 peratus daripada jumlah asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahi lalat disangka pemanis wajah, Kevin Jonas disahkan hidap kanser kulit 

ARTIKEL BERKAITAN: Kevin Jonas Redah Salji Tebal Untuk Berkahwin

Bagaimanapun, pengalaman pahit itu banyak mengajarnya mengenai nilai kehidupan dan cara yang betul dalam menguruskan kewangan.

“Saya pernah melabur dalam pelbagai hartanah dan projek. Malangnya, saya terlibat dalam satu perjanjian bersama rakan kongsi yang salah.

"Syukurlah, dalam kehidupan ini kita diberikan peluang kedua apabila kumpulan ini kembali bersatu.

Penyatuan Jonas Brothers selamatkan masalah kewangan Kevin.

"Kini saya lebih matang dan menilai semula pendekatan terhadap kehidupan dan cara urus wang,” ujarnya.

Jonas Brothers, yang dianggotai oleh tiga adik-beradik, Kevin, Joe, 36, dan Nick, 33, pernah berpisah pada tahun 2013, namun kembali bersatu enam tahun kemudian. 

Kumpulan itu kini sedang bersiap sedia menyambut ulang tahun ke-20 menerusi jelajah siri Jonas20: Living the Dream yang dijadualkan bermula di New Jersey pada Ogos ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain