suria

Suka sentuh badan pelakon lelaki, Hyeri dicop ‘gatal’

Hyeri enggan layan komen negatif netizen.

NAMA pelakon Hyeri kembali menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa gemar mengambil kesempatan terhadap rakan gandingan lelaki dalam drama atau rancangan hiburan.

Terbaharu, sebuah portal memuat naik beberapa klip video yang menunjukkan aksi Hyeri kerap melakukan sentuhan fizikal bersama rakan selebriti lelaki.

Dia dikatakan gemar melakukan sentuhan tangan, menyentuh badan, bersandar dan memukul dengan manja.

Antara tindakan yang dilakukan Hyeri terhadap rakan gandingannya.

Video tersebut mencecah 270,000 tontonan sekali gus mengundang pelbagai reaksi kurang senang daripada peminatnya.

Sebahagian netizen beranggapan pelakon itu berkelakuan sedemikian semata-mata untuk menarik perhatian lelaki, terutama jejaka tampan.

"Kalau dengan wanita tidak mengapa, ini dengan lelaki memang nampak gatal.

"Dia suka lelaki kacak, dia akan cuba menyentuh lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyeri abaikan komen negatif, sedar diri tak semua orang suka

ARTIKEL BERKIATAN: Pelakon ‘Reply 1988’ Lee Hyeri dan Ryo Jun Yeol berpisah selepas 7 tahun bercinta

"Dia kan memang mesra dari dulu, memang sikap dia manja dan ingin perhatian," antara komen netizen.

Namun begitu, terdapat juga netizen yang tampil mempertahankan Hyeri dengan mengatakan sikapnya yang mesra dan manja adalah sebahagian daripada keperibadiannya yang semula jadi.

Setakat ini, Hyeri tidak memberikan sebarang respon terhadap kecaman yang diterimanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain