suria

Lee Min Ho terlalu sedih anjing kesayangan mati, 16 tahun hidup bersama

Min Ho sedih anjing yang bersamanya selama 16 tahun sudah tiada buat selama-lamanya.

PELAKON Korea Selatan, Lee Min Ho sedih apabila anjing peliharaan bernama Choco 'pergi' buat selama-lamanya. 

Menurut Min Ho, 38, Choco telah menemaninya selama 16 tahun dan pelbagai kenangan telah dicipta sepanjang tempoh itu.

“Choco, anjing kesayangan saya sudah mati selepas 16 tahun kami bersama.

Foto kenangan Min Ho bersama Choco.

"Saya harap masa yang saya lalui bersama Choco penuh bahagia. Terima kasih kepada semua yang menyayangi Choco," katanya.

Min Ho berkongsi berita duka itu menerusi hantaran di media sosial miliknya pada Sabtu.

Dalam perkongsian itu, aktor berkenaan turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama Choco termasuk momen manis mereka di dalam kereta dan ketika bersantai di rumah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kecam Lee Min Ho terima hadiah hari jadi, selebriti lain galak peminat bersedekah

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho tak kenal Park Bom secara peribadi, gosip dah jadi suami tidak berasas

Foto-foto tersebut menggambarkan ikatan istimewa antara mereka yang cukup mendalam.

Dalam perkembangan lain, Min Ho kembali menghiasi layar perak menerusi filem terbaharunya, Omniscient Reader: The Prophecy, yang dijadualkan tayangannya pada 23 Julai 2025.

Filem ini menandakan kemunculan semula Min Ho dalam dunia perfileman selepas beberapa tahun  aktif dalam drama bersiri serta projek antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain