PERKONGSIAN video komposer Ahmad Dhani bertajuk 'Kompilasi Gibah dan Fitnah Maia Estianty' terus menjadi bualan hangat apabila dia secara terbuka mendedahkan kisah lama dengan bekas isterinya itu.
Selepas sekian lama berdiam diri, Ahmad Dhani berkata, apa yang diceritakan dalam video tersebut juga merupakan satu bentuk pembelaan terhadap kata-kata fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Malah dia juga berani menjawab semua persoalan ramai bagi membersihkan namanya.
"Saya harus ada catatan membela diri. Selama ini saya tak pernah buat begitu. Saya membela diri dengan cara yang konstruktif mengikut undang-undang.
Ahmad Dhani mahu bersihkan namanya.
"Kalau saya tidak balas apa yang dikatakan sebelum ini, maka ia adalah satu fitnah," katanya.
Dalam video yang dimuat naik sebelum ini Ahmad Dhani memberi penjelasan tentang dakwaan melakukan keganasan rumah tangga ketika masih bergelar suami kepada Maia.
Dia juga turut mendedahkan punca berkahwin dengan Mulan Jameela yang merupakan rakan baik kepada Maia sebelum ini.
Tegas dengan pendirianya, Ahmad Dhani turut mencabar Maia untuk tampil bersama bukti jika apa yang dikatakan adalah tidak benar.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani minta Maia Estianty henti buka kisah lama, ugut dedah bukti curang jika terus diprovokasi
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ahmad Dhani selamat bernikah, beri mas kahwin 16.6 gram bar emas dan wang tunai RM9,900
Malah dia juga tidak pernah ambil pusing dengan kecaman masyarakat selepas berkongsi video tersebut.
"Kalau dia (Maia) bantah, sila beri bukti. Kalau dia bantah tanpa bukti maka ia adalah satu fitnah yang baru," ujarnya.
Untuk rekod, Maia dan penyanyi Ahmad Dhani bercerai pada 2008 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Penceraian pasangan selebriti ini didakwa berpunca daripada kehadiran orang ketiga iaitu penyanyi Mulan Jameela yang pernah menggemparkan industri hiburan.
Ahmad Dhani dan Maia di hari pernikahan anak sulung mereka.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.
Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan Mussry pada 2018 di Masjid Cammi, Tokyo, Jepun.
Manakala Mulan dan Ahmad Dhani berkahwin pada 2009.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube