suria

Tayang perut makin membesar, Vanessa Hudgens umum hamil anak kedua

PELAKON dan penyanyi terkenal, Vanessa Hudgens berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan pemain besbol profesional, Cole Tucker.

Pengumuman itu dibuat Vanessa menerusi hantaran terbaharunya di Instagram pada Sabtu lalu. 

Dalam perkongsian itu, Vanessa, 36, memuat naik tiga keping gambar memaparkan dia dan suaminya tersenyum sambil menunjukkan 'baby bump' yang semakin membesar.

Pasangan itu kelihatan bahagia dan teruja menantikan kehadiran cahaya mata kedua. 

Vanessa kongsi berita hamil anak kedua di Instagram.

Sebelum ini Vanessa memuat naik ucapan hari jadi romantik buat Tucker yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-29. 

Mereka turut bergambar bersama dengan gaya lucu dengan memakai cermin mata ranggi. 

"Selamat hari jadi kepada sahabat baik, kekasih dan rakan hidup saya. Awak segalanya bagi saya. Tiada siapa yang mampu menandingi awak," tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Foto di hospital tersebar, Vanessa Hudgens bengang paparazi ceroboh privasi

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘High School Musical’ sudah kahwin! Vanessa Hudgens pilih pemain besbol sebagai teman hidup

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Februari 2023 dan melangsungkan perkahwinan di Tulum, Mexico, pada Disember tahun yang sama. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 3 Julai tahun lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain