suria

Selena Gomez bakal kahwin September depan, tetamu sudah terima jemputan melalui emel

Selena dan Benny masih rahsiakan tarikh perkahwinan.

PASANGAN sensasi Selena Gomez dan Benny Blanco dikhabarkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan secara eksklusif di Montecito, California pada September depan. 

Memetik laporan Daily Mail, sumber memaklumkan majlis tersebut bakal berlangsung selama dua hari dan hanya dihadiri keluarga terdekat serta teman sahabat rapat kedua-dua pihak. 

Difahamkan jemputan juga sudah dihantar secara peribadi oleh Selena dan Benny sendiri menerusi emel masing-masing. 

Selena Gomez bakal berkahwin dalam sebuah majlis tertutup September nanti.

“Selena dan Benny sengaja memilih penghujung musim panas untuk diraikan kerana menjelang hujung tahun  jadual semua orang pasti padat,” ujar sumber berkenaan.

Tambah sumber, antara tetamu yang sudah disahkan hadir adalah sabahat baik kepada Selena iaitu penyanyi Taylor Swift bersama kekasihnya, Travis Kelce.

ARTIKEL BERKAITAN:  Selena Gomez tenang, tepis dakwaan Benny Blanco berlaku curang

ARTIKEL BERKAITAN: Persediaan kahwin, Selena Gomez dan Benny Blanco beli rumah bernilai RM155 juta di Los Angeles

Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pasangan itu, namun Benny sempat memberikan bayangan bakal berkahwin dalam satu sesi temu bual di podcast Therapuss with Jake Shane sebelum ini.  

“Saya rasa kami akan berkahwin musim panas ini tetapi kami belum uruskan apa-apa secara rasmi. Kami benar-benar gembira dengan perancangan ini,” kata Benny.

Majlis perkahwinan mereka dijangka menjadi acara paling dinanti-nanti pada tahun ini memandangkan kedua-duanya mempunyai pengaruh besar dalam industri hiburan dunia. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain