suria

Serang penduduk hingga cacat penglihatan, penyanyi rap dijatuhi hukuman penjara

B-Free terima hukuman akibat kesalahan yang dilakukan.

PENYANYI rap Korea Selatan, B-Free dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun empat bulan selepas didapati bersalah menyerang seorang penduduk di kawasan kediamannya. 

Mahkamah Daerah Seoul memutuskan hukuman itu setelah mendapati perbuatan yang dilakukan oleh B-Free atau Choi Sung Ho mengakibatkan kecacatan kekal terhadap mangsa. 

"Mangsa mengalami kecacatan penglihatan akibat kecederaan di bawah mata yang berkemungkinan kekal. Justeru hukuman berat perlu dikenakan," jelas keputusan mahkamah. 

B-Free menyerang mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan kekal. 

Insiden tersebut berlaku pada Jun 2023 di sebuah kawasan perumahan pangsapuri di mana ketika itu B-Free sedang bertengkar dengan pengawal keselamatan. 

Mangsa yang melihat kejadian itu cuba untuk menenangkan keadaan namun telah diserang oleh penyanyi berkenaan.

B-Free menumbuk mangsa sehingga terjatuh dan menyebabkan kecederaan pada muka selain kerosakan pada saraf optik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil kena penjara tiga tahun, nama didaftar sebagai pesalah jenayah seksual 

ARTIKEL BERKAITAN: Kang Seo Ha meninggal dunia, simpan rahsia derita sakit kanser

Selepas kejadian pihak pendakwaan menuntut hukuman lebih berat namun ditolak mahkamah kerana masih belum dipastikan ia adalah kecacatan kekal. 

Dalam masa sama, mahkamah juga mengambil kira beberapa rekod jenayah yang dilakukan oleh B-Free dalam membuat keputusan sebelum menjatuhi hukuman. 

B-Free mempunyai enam rekod kesalahan lampau termasuk dakwaan menyerang seorang kakitangan kempen calon pilihanraya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain