suria

Selamba tayang bra depan orang ramai, netizen kritik aksi Jennie Blackpink keterlaluan

Ada yang menganggap aksi tersebut keterlaluan.

TINDAKAN salah seorang ahli anggota Blackpink iaitu Jennie menayang baju dalam di hadapan ribuan penonton di acara konsert mencetuskan pelbagai reaksi hangat di media sosial. 

Ada yang menganggap tindakannya itu sebagai satu bentuk ekspresi diri yang berani. 

Namun tidak kurang juga kata-kata kecaman yang merasakan aksi sebegitu terlalu keterlaluan dan tidak sesuai dijadikan contoh. 

Pelbagai reaksi netizen selepas melihat aksi berani Jennie itu. 

Apa lagi Jennie merupakan seorang yang berpengaruh besar terutama dalam kalangan anak muda. 

"Dia sengaja buat seperti itu sebab ingin kita semua menjadi 'gila' dengannya. 

"Disebabkan bakat tidak mencukupi untuk tarik perhatian ramai, memang dia sanggup buat apa sahaja. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa terima bayaran jadi ‘kekasih gelap’, ada video aksi atas katil

ARTIKEL BERKAITAN: Agensi kurung Blackpink, Jennie bosan duduk asrama

"Kalau muzik tidak laku, terpaksalah guna cara lain untuk tarik perhatian," komen netizen. 

Aksi spontan Jennie atau Jennie Kim, 29, itu dibuat semasa dia menyanyikan lagu solonya yang bertajuk Like Jennie semasa konsert Deadline World Tour di SoFi Stadium, Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Di sebalik kecaman itu, peminat turut mempertahankan Jennie dan menganggap ia adalah salah satu bentuk seni persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain