suria

Gagal bayar sewa rumah sampai kena halau, penyanyi lelaki mungkin terpaksa bawa keluarga merempat

Steven sudah lama berdepan masalah kewangan.

PENYANYI asal Hong Kong iaitu Steven Cheung berkemungkinan terpaksa menjadi gelandangan disebabkan kegagalannya membayar sewa rumah. 

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh isterinya iaitu Au Man Man, keluarga mereka diminta untuk mengosongkan rumah dalam tempoh 14 hari selepas kontrak dibatalkan oleh pemilik. 

Malah dalam satu hantaran berbeza, Man Man juga berkongsi rasa sedih kerana sambutan ulang tahunnya kali ini diraikan dengan berita sebegitu. 

Steven bersama isteri dan anak mereka. 

"Ulang tahun saya kali ini satu pengakhiran. Kami hanya ada enam hari dan tiada yang berubah," ujarnya. 

Difahamkan Steven menanggung hutang tunggakan sewa rumah sejak Mei lalu dan kelewatan tersebut menyebabkan pemilik mengambil tindakan tegas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Serang penduduk hingga cacat penglihatan, penyanyi rap dijatuhi hukuman penjara 

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba tayang bra depan orang ramai, netizen kritik aksi Jennie Blackpink keterlaluan

Dia bersama isteri dan empat anak lelaki mereka juga tidak mampu untuk mencari rumah sewa baharu. 

Steven sebelum ini berdepan pelbagai kontroversi sehingga dia tidak lagi menerima tawaran menyanyi. 

Dia juga sukar untuk mendapatkan kerja tetap bagi menyara hidup keluarga. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain