PELAKON dan pengacara Amerika Syarikat, Kelly Ripa mendedahkan satu tabiat buruk suami yang juga aktor iaitu Mark Cansuelos sehingga menyebabkan dia berasa geli untuk melakukannya.
Menurut laporan People, Kelly, 54, memaklumkan dia kurang selesa apabila suaminya itu sering meminta untuk melakukan hubungan seks pada waktu pagi terutama selepas bangun tidur.
"Suami saya lebih memilih untuk melakukan seks waktu pagi sahaja dan saya rasa itu sangat menjijikkan.
Kelly dan Mark sudah bersama hampir 30 tahun.
"Saya pun sudah beritahu dia yang hubungan ini kena adil. Tidak bolehlah semua kena ikut cakap dia sahaja," katanya.
Kelly memaklumkan perkara itu dalam satu sesi podcast Not Skinny But Not Fat yang dikendalikan oleh Amanda Hirsch.
Malah Kelly juga pernah mendoakan supaya Mark mengalami masalah mati pucuk kerana sudah penat dengan tabiat tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Gagal bayar sewa rumah sampai kena halau, penyanyi lelaki mungkin terpaksa bawa keluarga merempat
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa bercinta dengan Jungkook, IG Winter Aespa ‘diserang’ netizen
Dalam masa sama, aktres itu memaklumkan mereka kini bebas untuk melakukan hubungan seks di mana-mana sahaja memandangkan anak-anak sudah dewasa.
"Sekarang ini kami hidup dengan bebas. Bogel dan 'buat' dimana-mana pun boleh. Tapi, perlu juga berhati-hati sebab anak perempuan kami pernah ternampak ketika kami sedang bersama," ujarnya sambil ketawa.
Untuk rekod, Kelly dan Mark berkahwin pada 1996 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Michael, 28, Lola, 24, dan Joaquin, 22 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube