suria

Baru tiga bulan beroperasi, kafe Lee Dong Gun terjejas akibat banjir

Kafe Dong Gun terjejas selepas alami banjir akibat hujan lebat.

KAFE milik pelakon Lee Dong Gun yang terletak di Pulau Jeju, Korea Selatan berdepan situasi banjir akibat hujan lebat di kawasan tersebut.

Perkara itu dikongsikan menerusi video di akaun media sosial rasmi kafe tersebut pada 19 Julai, memaparkan keadaan sekitar yang dipenuhi air.

Kafe Dong Gun baru tiga bulan beroperasi.

Antara yang terjejas adalah elemen hiasan bertemakan oasis di premis berkenaan. 

Menerusi rakamn yang tular juga kelihatan sepasang pelanggan berjalan dalam keadaan berhati-hati mencari kawasan selamat. 

Kafe berkenaan dibuka pada April lalu dan sejak hari pertama, ia telah mencuri tumpuan ramai dengan kehadiran pelanggan yang sanggup beratur panjang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Demi anak perempuan kesayangan, Lee Dong Gun beli rumah RM2.2 juta

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun ‘hilang’ sejak bercerai, Lee Dong Gun kembali aktif dalam dunia seni

Namun begitu, pembukaannya turut mencetuskan kontroversi apabila beberapa pemilik perniagaan berhampiran mendakwa berlaku gangguan akibat pembinaan dan penggambaran yang dijalankan sehingga lewat malam, tanpa sebarang pemberitahuan awal.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran, kafe milik Dong Gun itu tetap kekal sebagai salah satu destinasi popular di Pulau Jeju, hasil gabungan reka bentuk unik dan status selebriti pemiliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain