suria

Pelakon umum hamil sembilan bulan, terima kecaman netizen mengandung anak luar nikah

Erika dilihat lebih tenang selepas membuat pendedahan.

PENDEDAHAN pelakon Erika Carlina tentang dirinya yang kini sedang hamil mengejutkan banyak pihak termasuk menerima kecaman kerana dia belum bernikah. 

Terbuka dengan pandangan semua, Erika, 31, hanya berharap dia mendapat sokongan sehingga anaknya itu dilahirkan. 

"Saya bersedia terima apa saja risiko tetapi kali ini saya mohon saya perlukan pelindungan sehingga bersalin," katanya.

Ahli keluarga dan rakan sentiasa beri sokongan pada Erika.

Tambah pelakon ini dia juga akhirnya terbuka berkongsi kisah kehamilan tersebut kerana tidak dapat menyembunyikan bentuk tubuhnya. 

Dalam masa sama, dia juga sedar akan kesilapan sendiri hamil anak luar nikah dan menyembunyikan kandungan itu sehingga memasuki usia sembilan bulan. 

"Tiada niat lain, maaf kerana mengecewakan awak," katanya.

Erika berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dia ke klinik bersama rakan-rakannya untuk menjalani pemeriksaan kandungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuni Shara mengaku pakai baju saiz kanak-kanak

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Korea hamil melalui proses IVF, guna sperma bekas suami tanpa izin

Menerusi video yang dimuat naik itu memaparkan imbasan ultrabunyi sekali gus mengesahkan pengakuannya sebelum ini adalah benar.

Sebelum ini, Erika tampil dalam sebuah podcast dan mendedahkan dia kini sedang hamil sembilan bulan dan dijangka bersalin pada Ogos ini.

Dalam pendedahan yang sama, Erika turut mengakui dirinya belum lagi mendirikan rumah tangga namun keputusan untuk meneruskan kehamilan dibuat atas pilihannya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain