suria

Yuni Shara mengaku pakai baju saiz kanak-kanak

Bertubuh genit membuatkan Yuni masih memakai pakaian saiz kanak-kanak.

MESKIPUN berusia 53 tahun, penyanyi Yuni Shara mengaku masih memakai pakaian saiz kanak-kanak. 

Detikhot melaporkan, di sebalik penampilan glamor Yuni di atas pentas, penyanyi berkenaan rupa-rupanya membeli pakaian di bahagian kanak-kanak. 

"Ukuran badan saya kecil sangat, kadang-kadang saya perlu mencari saiz baju di bahagian kanak-kanak. 

Yuni membeli-belah pakaian di bahagian kanak-kanak.

"Seluar jeans saya bersaiz dua atau tiga. Jadi memang saiznya kecil sangat," katanya. 

Dalam pada itu, Yuni memberitahu dia sebenarnya lebih selesa bergaya ringkas seperti memakai seluar jeans bersama kemeja-T. 

Pun begitu, sekiranya penyanyi berkenaan melakukan persembahan pentas dia lebih mementingkan gaya yang lebih sesuai dengan acara. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kesan keganasan rumah tangga, Yuni Shara dedah pura-pura nikmati hubungan intim 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak setuju pendedahan Yuni Shara teman anak tonton filem porno demi pendidikan seks

"Saya sebenarnya orang yang sangat ringkas, paling selesa pakai seluar jeans dengan t-shirt sahaja. 

"Tapi kalau ada persembahan pentas, saya perlu bersiap sepenuhnya. Mekap, pakaian dan semuanya harus disediakan dengan rapi. 

"Saya percaya kalau mahu bertahan dalam dunia hiburan, seseorang artis itu perlu ada pakej menarik," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain