PENYANYI Harry Styles terus mengembangkan jenama perniagaan miliknya dengan mengeluarkan rangkaian produk baharu untuk peminat.
Namun apa yang mengejutkan, dia membuat sesuatu yang luar biasa dengan memperkenalkan alat mainan seks serta pelincir atas jenama Pleasing itu.
Menerusi laman Instagram rasmi produk berkenaan, dua video telah dimuat naik sebagai teaser memperkenalkan produk baharu yang akan mula dilancarkan pada Sabtu.
Harry berani mengeluarkan produk untuk hubungan intim.
"Puaskan diri anda dengan bersungguh-sungguh," tulis ruangan kapsyen laman berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk membuat pembelain serta hadir ke majlis pelancaran yang akan berlangsung di New York.
"Sangat suka pada lelaki yang sentiasa memahami keperluan orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan putus dengan Harry Styles, Olivia Wilde kembali rapat dengan bekas tunang
ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles hentikan konsert, peminat hamil mahu ke tandas
"Saya akan jumpa di acara pelancaran dan guna produk ini," komen pengikut media sosial.
Sementara itu, produk berkenaan juga telah dimuat naik di laman web jenama tersebut.
Alat penggetar seks yang mempunyai fungsi dua arah dijual pada harga RM303.
Manakala pelincir pula boleh dibeli dengan harga RM112.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube