suria

Kekasih Erika Carlina sedia jadi ‘pak sanggup’, nekad teman buah hati masuk bilik bedah

DJ Bravy (kiri) ambil tanggungjawab menjaga Erika.

KEKASIH kepada pelakon Erika Carlina iaitu DJ Bravy bersedia menemai buah hatinya apabila tiba hari bersalin pada Ogos nanti.

Bravy atau Bravyson Vconk berkata, meskipun perkara itu sedikit menakutkan namun dia tetap mahu menunaikan janjinya.

Tambah Bravy, dia tidak pernah mempunyai pengalaman melihat wanita bersalin tetapi bersedia untuk melakukan perkara itu demi Erika.

"Dia (Erika) berulang kali bertanya, memang menyeramkan kerana saya tak pernah lihat tapi untuk dia saya beranikan diri," katanya.

DJ Panda mahu rasa pengalaman menyambut kelahiran anak Erika. 

Bravy berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu sebuah podcast.

Erika dijangka bakal melahirkan anak sulungnya yang diberi nama  Andrew Neil pada Ogos depan.

Menurut Bravy dia juga bersedia bertanggungjawab ke atas Erika meskipun anak dalam kandungan bukan miliknya.

"Saya tiada masalah asalkan Erika membenarkan saya untuk menjadi bapa kepada anaknya," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen gesa boikot Erika Carlina, hamil luar nikah bukan budaya normal 

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda mengaku hamilkan Erika Carlina kerana mabuk teruk, niat bernikah galas tanggungjawab terbatal

Bagaimanapun, Bravy memberitahu DJ Panda berkemungkinan akan datang ketika Erika bersalin nanti.

Sebelum ini, Erika tampil mendedahkan dia kini sedang hamil sembilan bulan dan dijangka bersalin pada Ogos depan.

Erika turut mendedahkan individu yang menghamilkannya itu menganggap hubungan mereka sebagai gimik semata-mata dan pernah mengugut untuk memusnahkan kerjayanya sekiranya mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

DJ Panda (kiri) mengakui dia bapa kepada anak dalam kandungan Erika. 

Selepas berlaku kekecohan, DJ Panda akhirnya mengaku bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Erika. 

Kata DJ Panda atau Giovanni Surya Saputra, dia mula mengenali aktres itu pada November tahun lalu dan menikmati minuman beralkohol sehingga menyebabkan mabuk teruk.

Susulan pengakuan itu turut memberi kesan kepada kerjaya apabila namanya dibatalkan untuk beberapa acara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain