NAMA pelakon Yeo Jin Goo menjadi sebutan ramai selepas dia secara tidak sengaja menjadi pengikut kepada sebuah akaun di laman X yang memuat naik kandungan lucah.
Perkara tersebut menjadi kecoh selepas pengendali akaun itu sendiri berkongsi satu hantaran seolah-olah mengusik tindakan Jin Goo.
Jim Goo dan agensinya masih berdiam diri tentang kontroversi berkenaan.
"Sepertinya kamu (Jin Goo) tidak sengaja menekan bukan follow,” tulis pemilik akaun tersebut.
Sedar akan perkara itu, Jin Goo kemudian dilihat segara berhenti menjadi pengikut apabila ramai yang mula mempersoalkan keperibadiannya.
Tindakan itu juga menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan peminat dan ada antara mereka menganggap ia berlaku hanya kerana kesilapan teknikal.
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dakwa diserang penyanyi legenda ketika latihan, netizen petik nama Amy, Awie & Ella
ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu ‘kurung diri’ apabila dikecam, Ella nasihat penyanyi baharu kena berani tapi jangan ikut emosi
Jin Goo bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perkara berkenaan.
Biarpun dianggap sebagai insiden kecil namun ia telah menjejaskan imej pelakon itu yang sentiasa dikenali bersikap profesional dan bersih.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube