KISAH percintaan antara penyanyi dan personaliti media sosial, Jojo Siwa bersama Chris Hughes kini menjadi bualan hangat netizen selepas lelaki berkenaan membuat satu pendedahan mencuit hati.
Tanpa berselindung Chris, 32, mendedahkan kekasihnya itu sangat sayang akan dirinya sehingga memberikan nama kepada aset peribadinya.
“Dia (Jojo) panggil buah zakar saya sebagai Jimmy dan Timmy. Dia memang sukakan Jimmy dan Timmy,” seloroh Chris.
Ramai berpendapat perkara tersebut tidak perlu dikongsikan kepada umum.
Chris memaklumkan perkara itu dalam satu temu bual secara eksklusif bersama E! News.
Selain berkongsi mengenai hubungan seksual tersebut, Chris juga berkongsikan kisah permulaan mereka berjumpa dan bercinta.
“Kami kenal semasa program realiti Celebrity Big Brother UK musim ke-24. Masa rakam video pengenalan dulu, saya hanya bergurau nak cari cinta sejati.
ARTIKEL BERKAITAN: Sushmita Sen idam berlian 22 karat, bekas kekasih mengaku tak mampu penuhi
ARTIKEL BERKAITAN: Teknik ciuman paling penting, Lee Joo Yeon cari kekasih hebat bercumbu
“Sepanjang peogram kami sangat rapat, dan rasakan hubungan itu sangat unik dan istimewa,” ujarnya.
Untuk rekod, Chris dan Jojo secara rasmi mengumumkan hubungan cinta mereka pada Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube