SELEPAS mencetuskan pelbagai kontroversi, ramai yang meluahkan rasa kurang senang terhadap pelakon Erika Carlina sehingga meminta namanya diboikot.
Biarpun mendapat sokongan keluarga, namun pendedahan Erika tentang dirinya hamil anak luar nikah tidak mendapat maklum balas positif dalam kalanagn peminat.
Rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati apabila aktres berkenaan secara terbuka mengakui dirinya kini hamil seolah-olah menjadikan satu kebiasaan.
Erika memberitahu sedang hamil sembilan bulan.
Malah pengkuan bekas kekasihnya iaitu DJ Panda yang menjadi bapa kandung kepada anak itu turut menambah kebencian ramai.
"Tolonglah, kedua-dua mereka memang bersalah. Bukan tidak simpati, tetapi hamil luar nikah itu adalah pilihan sendiri. Jangan dinormalisasi budaya ini.
"Kalau netizen boleh boikot DJ Panda, kenapa tidak Erika sekali? Mereka sama-sama lakukan kesalahan," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda dituduh hamilkan Erika Carlina, persembahan di enam kelab malam dibatalkan
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda mengaku hamilkan Erika Carlina kerana mabuk teruk, niat bernikah galas tanggungjawab terbatal
Sebelum ini, Erika tampil mendedahkan dia kini sedang hamil sembilan bulan dan dijangka bersalin pada Ogos depan.
Erika turut mendedahkan individu yang menghamilkannya itu menganggap hubungan mereka sebagai gimik semata-mata dan pernah mengugut untuk memusnahkan kerjayanya dengan mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Pada Isnin, DJ Panda akhirnya mengaku bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Erika.
Kata DJ Panda atau Giovanni Surya Saputra, dia mula mengenali aktres itu pada November tahun lalu dan menikmati minuman beralkohol sehingga menyebabkan mabuk teruk.
Susulan pengakuan itu turut memberi kesan kepada kerjaya apabila namanya dibatalkan untuk beberapa acara.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube