suria

Dapat bini muda, pelakon veteran terasa hidup di ‘syurga’

Dennis bahagia bersama isterinya.

PELAKON veteran, Dennis Quaid, 71, menyifatkan perkahwinan kali keempat bersamaLaura Savoie, 32, sebagai satu anugerah yang luar biasa dan penuh kebahagiaan.

Menurut Dennis, perbezaan usia sebanyak 39 tahun antara mereka tidak menjadi halangan dalam membina hubungan yang kukuh dan bermakna.

“Usia bukan isunya. Ada sesuatu yang ‘abadi’ dalam hubungan kami iaitu saling menyempurnakan.

Dennis dan isteri beza usia 32 tahun.

"Setiap hari adalah syurga bersamanya,” katanya dalam temu bual bersama People.com.

Pelakon filem The Parent Trap itu turut mengakui selepas tiga perkahwinannya gagal dia melihat hubungan bersama Laura sebagai peluang kedua untuk bahagia.

“Saya rasa perkahwinan ini adalah yang terakhir. Akhirnya saya mempunyai pasangan sejati dalam hidup," ujarnya.

Dennis mengakui dia tertarik kepada Laura kerana keperibadian dan kecerdasan yang dimilikinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dennis Quaid Bercinta Dengan Model 32 Tahun Lebih Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Dennis Quaid Bakal Bercerai Buat Kali Ketiga

“Saya sukakan keperibadian, kecerdasan, kecantikan dan cara dia melihat dunia," ujarnya.

Untuk rekod, Dennis dan Laura bertemu pada Mei 2019 dan mengikat tali pertunangan selepas lima bulan berkenalan.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin secara rahsia pada Jun 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain