suria

Brian Joo terima ugutan bunuh, hanya tenang dan ‘block’ pemilik akaun

Banyak pihak meluahkan rasa kurang senang terhadap Brian.

PENYANYI Brian Joo berkongsi menerima pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak di laman sosial miliknya. 

Bukan sekadar menerima kata-kata kesat, malah ada yang berani membuat ugutan bunuh terhadap Brian tanpa mengetahui punca sebenar. 

Dia bagaimanapun tidak mengambil serius perkara tersebut dan hanya bertindak menyekat pengguna media sosial yang dirasakan keterlaluan. 

Brian tenang berdepan kecaman. 

"Ini hanya beberapa akaun yang saya sekat supaya dapat menghalang orang gila sebegini," katanya. 

Brian menulis kapsyen berkenaan berserta tangkap layar mesej yang diterima. 

Dia juga turut meletakkan capaian nama pemilik akaun yang bercakap perkara tidak benar tentang dirinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Koo setia ziarah pusara Barbie Hsu setiap hari, tidak kira hujan atau panas... Hilang 12 kg sejak pemergian isteri 

ARTIKEL BERKAITAN: Haruna jalani pemeriksaan psikologi selepas rumah dipecah masuk, kini dipindahkan ke kawasan selamat

Antara komen yang diterima termasuk mengugut untuk membuat laporan terhadap Brian supaya dia diusir dari Korea Selatan. 

"Awak akan diusir, saya akan buat laporan kepada kementerian. 

"Saya akan bunuh awak. Saya tidak akan biarkan awal terlepas," jelas beberapa mesej yang diterima Brian. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain