suria

Penduduk hidu bau busuk, polis temui mayat reput dalam Tesla milik penyanyi

D4vd sedia beri kerjasama dengan pihak berkuasa.

POLIS menemui satu mayat reput di dalam sebuah kereta jenis Tesla yang dipercayai milik penyanyi D4vd.

Memetik laporan NBC, penemuan mengejutkan itu berlaku selepas pihak berkuasa menerima aduan berhubung bau busuk dari sebuah kondominium di North Mansfield Avenue, Los Angeles.

Mayat berkenaan ditemui dibalut di dalam beg dan diletakkan di bonet hadapan kenderaan tersebut.

Kenderaan tersebut dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati, kereta berkenaan berdaftar atas nama David Anthony Burke, 20, atau lebih dikenali sebagai D4vd yang berasal dari Hempstead, Texas.

Dalam pada itu, wakil D4vd memaklumkan penyanyi itu sedang sibuk dengan jelajah konsert dan dijadualkan membuat persembahan di The Fillmore, Minneapolis, Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita meninggal dunia, ditemukan kaku tidak bernyawa

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pelakon Humaira ditemukan mereput dalam rumah

Difahamkan, D4vd sudah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan bersedia memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa.

Namun, selepas berita ini tersebar, beberapa jenama besar seperti Crocs dan Hollister dilaporkan menarik diri daripada kempen yang menampilkan penyanyi berkenaan.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain