suria

Diejek seperti badak dorong Nathalie Holscher jalani pembedahan bariatrik, tertekan sebab dibuli

Nathalie dah susut lapan kilogram selepas sebulan buat pembedahan bariatrik.

PENYANYI Nathalie Holscher tampil membuat pendedahan mengejutkan berhubung keputusan menjalani pembedahan bariatrik demi menurunkan berat badan.

Nathalie, 33, berkata, tindakan itu diambil selepas tidak tahan lagi menjadi mangsa ejekan dan kecaman netizen yang memperlekeh bentuk tubuhnya.

Jelas Nathalie, antara komen paling menyakitkan yang diterima adalah apabila dia disamakan dengan haiwan.

Nathalie dedah sering diejek ketika badannya agak berisi dahulu.

“Alasannya sebab kena buli… orang kata badan saya macam badak air,” katanya.

Tambah Nathalie kebanyakan komen negatif yang diterimanya datang daripada pengguna Facebook yang gemar meninggalkan kata-kata kesat berkaitan fizikalnya.

Enggan terus berdepan dengan tekanan, Nathalie nekad menjalani prosedur tersebut dan berat badannya kini sudah susut sebanyak lapan kilogram.

Namun menurut Nathalie, perjalanan selepas operasi bariatrik itu bukan mudah kerana dia perlu menjaga pemakanan dengan sangat ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bukan tergolong obesiti, Nathalie Holscher perjelas sebab jalani pembedahan bariatrik di Pulau Pinang 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buka tudung, Nathalie Holscher kembali jadi DJ kelab malam... Cari duit untuk tanggung hidup

Dalam fasa awal pemulihan, Nathalie hanya dibenarkan mengambil makanan dalam bentuk cecair dan bertekstur lembut sahaja.

Walaupun sudah menunjukkan perubahan, Nathalie mengakui dirinya belum berpuas hati sepenuhnya dan masih menyimpan hasrat untuk menurunkan lebih banyak berat badan.

“Alhamdulillah, tapi rasa puas tu baru setengah sahaja… sebab masih belum turun banyak. Ini pun baru sebulan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain