PELAKON Korea Selatan, Lee Yi Kyung yang popular menerusi drama Marry My Husband berdepan kontroversi serius apabila didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual secara dalam talian.
Isu tersebut mula tular pada 19 Oktober lalu selepas seorang wanita mendakwa menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh aktor berkenaan.
Dalam hantaran dibuat di blog peribadinya, individu itu turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan mesej yang didakwa dihantar oleh Yi Kyung mengandungi kata-kata berbaur lucah serta ugutan berbentuk seksual.

Mangsa dakwa kerap terima mesej lucah.
Malah, dalam satu perbualan lain aktor itu dikatakan menanyakan ukuran pakaian dalam mangsa serta meminta gambar bahagian tubuh sensitif.
“Saya tak sangka dia benar-benar psikopat,” tulis mangsa seperti dipetik portal hiburan Korea, Koreaboo.
Mangsa turut mendakwa Yi Kyung menghantar gambar alat sulitnya menerusi mesej peribadi dan terus menghubunginya secara berulang.
ARTIKEL BERKAITAN: Diejek seperti badak dorong Nathalie Holscher jalani pembedahan bariatrik, tertekan sebab dibuli
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon elak sertai latihan tentera wajib, sanggup bayar RM21,000 untuk pura-pura sakit
Bagaimanapun, agensi pengurusan Sangyoung Entertainment menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan ia merupakan fitnah yang bertujuan merosakkan imej pelakon tersebut.
“Tuduhan itu tidak benar. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah dan menyebarkan maklumat palsu di media sosial,” jelas wakil agensi itu dalam satu kenyataan rasmi.
Tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, mangsa kembali membuat pendedahan baharu pada 20 Oktober lalu dengan menyertakan bukti tambahan termasuk rakaman panggilan video yang didakwa menunjukkan interaksi bersama Yi Kyung.
“Disebabkan ramai yang meminta bukti, saya kongsikan rakamannya. Dia memang menggunakan akaun rasmi ketika menghubungi saya,” tulis mangsa.
Setakat ini, pihak agensi masih belum memberikan maklum balas lanjut mengenai bukti tambahan tersebut, namun menegaskan siasatan dalaman sedang dijalankan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
                    
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        

