suria

Park Bom alami gangguan emosi, sedang dipujuk untuk dapatkan rawatan

Agensi minta netizen tidak lagi menyebarkan hantaran Park Bom.

PENYANYI Park Bom dilaporkan sedang berdepan masalah emosi yang tidak stabil dan memerlukan rawatan segera. 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh agensinya, D-Nation Entertainment selepas beberapa hantaran media sosial milik penyanyi tersebut mencetuskan kontroversi.

Menurut agensi berkenaan, bekas anggota kumpulan 2NE1 itu kini memerlukan rehat dan rawatan segera bagi memulihkan kesihatannya.

Park Bom lakukan pelbagai hantaran pelik.

“Park Bom kini berada dalam keadaan emosi yang sangat tidak stabil dan komunikasi dengannya tidak berjalan lancar.

“Oleh itu, dia memerlukan masa untuk berehat dan menerima rawatan secukupnya bagi proses pemulihan,” jelasnya

Tambah D-Nation, hantaran yang dibuat oleh Park Bom juga sering disalah tafsir dan tersebar secara meluas di pelbagai platform sekali gus menimbulkan kekeliruan.

Perkara itu secara tidak langsung memberi tekanan kepada Park Bom serta ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom buat hal lagi, dakwa YG Entertainment seleweng RM15.75 trilion... Peminat semakin risau tahap kesihatan mental

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom tiba-tiba ‘unfollow’ semua di Instagram kecuali Lee Min Ho

“Penyebaran hantaran tersebut bukan sahaja memberi kesan negatif kepada Park Bom, malah turut menjejaskan keluarga dan rakan-rakannya.

“Kami berharap peminat dan pihak media dapat menghormati privasinya serta tidak mengulas atau menyebarkan hantaran tersebut,” ujar agensi berkenaan.

Park Bom perlu penjagaan rapi.

Dalam masa sama, D-Nation turut memaklumkan bahawa mereka kini sedang berusaha membantu penyanyi itu mendapatkan rawatan bagi memastikan dia dapat kembali menyapa peminat dalam keadaan yang lebih sihat.

Sebelum ini, Park Bom didakwa membuat tuduhan serius terhadap bekas syarikat naungannya, YG Entertainment, termasuk membabitkan isu eksploitasi dan layanan buruk.

Agensi tersebut bagaimanapun meminta semua pihak agar memberikan ruang kepada penyanyi itu untuk menenangkan diri tanpa tekanan daripada media mahupun masyarakat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain