PENYANYI popular, Raisa Andriana dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Hamish Daud di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia pada Rabu.
Menurut laporan Suara.com, perbicaraan pertama bagi kes itu dijadualkan berlangsung pada 3 November depan untuk sesi rundingan.
Difahamkan tuntutan cerai tersebut difailkan oleh Raisa, 35, sendiri melalui peguamnya secara dalam talian.

Rumah tangga Raisa dan suami menanti belah.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila peminat mula menghidu pergolakan rumah tangga Raisa dan Hamish.
Bagaimanapun, pihak mahkamah sebelum ini menafikan sebarang pemfailan kes perceraian tersebut.
Spekulasi rumah tangga mereka mula timbul selepas lagu-lagu dalam album terbaru Raisa, 'ambiVert', dikatakan sebagai luahan perasaan mengenai keretakan rumah tangganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Raisa layan perasaan menerusi ‘ambiVert’, tampil kolaborasi bersama Barsena Bestandhi dan Rony Parulian
ARTIKEL BERKAITAN: Raisa hasilkan lagu berdasarkan pengalaman hidup… seronok kisah putus cinta boleh buat duit!
Malah, tindakan Hamish memadam foto kenangan ulang tahun perkahwinan mereka di media sosial turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Untuk rekod, Raisa dan Hamish Daud Wyllie telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        

