BINTANG realiti popular, Kim Kardashian mendedahkan dirinya disahkan menghidap penyakit aneurisma otak.
Perkara itu dikongsi Kim, 45, menerusi sedutan episod pertama musim ketujuh siri The Kardashians yang mula ditayangkan di platform Disney+ pada Khamis.
“Ada sedikit macam aneurisma kecil,” katanya dalam video pendek yang disiarkan pada permulaan episod berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tak setuju anak buat kerja sekolah di rumah, perlu rehat luang waktu bersama keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian ‘update’ progres cita-cita jadi peguam, tak hiraukan pengkritik
Perkongsian Kim itu turut mengejutkan kakaknya, Kourtney Kardashian Barker
"Whoaa, biar betul ni” ujar Kourtney.
Dalam klip video itu, Kim turut dilihat menjalani imbasan otak dan memberi bayangan keadaan kesihatannya mungkin berpunca daripada tekanan hidup yang tinggi.

Kim tertekan punca terkena anuesemia otak.
Kim yang mempunyai empat anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami yang juga rapper Kanye West kini memberi tumpuan kepada penjagaan diri serta kesihatan mental.
Setakat ini, belum diketahui laporan penuh sama ada Kim mengalami sebarang gejala serius akibat penyakit itu .
Pihak keluarga mahupun wakil rasmi Kim juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung keadaan kesihatannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        
                        

