PELAKON Kang Ha Neul mengaku lebih selesa menguruskan masa rehatnya dengan menyendiri tanpa sebarang gangguan daripada telefon bimbit.
Menurut bintang berusia 35 tahun itu, dia biasanya akan menghilangkan diri setiap kali bercuti atau berehat daripada kerja kerana mahu benar-benar menikmati masa peribadi.
Menariknya, Ha Neul juga mendedahkan dia jarang membuka aplikasi mesej di telefonnya hingga menyebabkan lebih 1,000 mesej belum dibaca.

Ha Neul tak mahu diganggu bila waktu cuti.
“Untuk urusan kerja, saya minta orang mesej guna SMS. Saya memang matikan notifikasi sebab tak mahu terikat dengan telefon setiap masa,” katanya.
Pelakon drama When the Camellia Blooms itu turut mengakui pendekatannya mungkin membuatkan orang lain kurang senang.
Namun bagi dirinya, itu cara terbaik untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kekayaan RM22.5 juta, Kang Ha Neul tolak guna kad kredit
ARTIKEL BERKAITAN: Kang Ha Neul Makan Mee Segera Untuk Turun Berat Badan
“Saya minta maaf kalau ada yang rasa susah nak hubungi saya, tapi bila saya berehat, saya betul-betul nak berehat.
“Saya tak kisah kalau mesej saya lambat dibalas, saya faham,” ujarnya lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


