PENYANYI terkenal Indonesia, Raisa Andriana akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi mengenai rumah tangganya bersama pelakon dan pengacara Hamish Daud yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Raisa, 35, mengesahkan dia dan Hamish telah sepakat untuk berpisah secara baik selepas melalui tempoh pertimbangan dan perbincangan yang panjang.
“Setelah melalui banyak pertimbangan dan pemikiran panjang, kami memilih untuk menempuh jalan kami masing-masing.

Kenyataan panjang lebar Raisa dan Hamish.
"Keputusan ini kami ambil bersama dan cukup lama kami proses dalam ruang peribadi masing-masing,” katanya.
Raisa berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.
Menurut pelantun lagu Mantan Terindah itu, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas kedua-duanya berusaha memahami dan menjaga perasaan antara satu sama lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Raisa failkan cerai secara dalam talian
ARTIKEL BERKAITAN: Raisa layan perasaan menerusi ‘ambiVert’, tampil kolaborasi bersama Barsena Bestandhi dan Rony Parulian
“Sepanjang proses, kami tetap saling menjaga dan berusaha memahami satu sama lain sebaik-baiknya,” ujarnya.
Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, Raisa menegaskan kasih sayang terhadap anak perempuan mereka, Zalina tidak akan berubah malah berjanji untuk terus bekerjasama membesarkan dengan penuh kasih sayang.
Raisa turut berharap agar orang ramai memahami situasi mereka dan memberi ruang privasi supaya Zalina dapat membesar dalam suasana yang aman dan bahagia.
“Apa yang tidak akan berubah adalah cinta kami kepada Zalina. Sudah menjadi tugas seumur hidup kami untuk menjaga dan merawat puteri kami dengan terus hadir bersama sebagai co-parents.
Ini terjadi bukan kerana kami menyerah, tetapi kerana kami berusaha dengan bijaksana.
RAISA
PENYANYI
“Kami memohon pengertian teman-teman semua untuk menjaga ruang peribadi kami agar Zalina dapat terus tumbuh dalam lingkungan yang baik dan merasa aman,” tambahnya.
Dalam masa sama, Raisa menegaskan keputusan mereka bukanlah tanda menyerah terhadap rumah tangga, sebaliknya dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan kedewasaan.
“Ini terjadi bukan kerana kami menyerah, tetapi kerana kami berusaha dengan bijaksana. Terima kasih untuk selalu ada dengan segala cinta dan pengertian kalian,” luahnya.
Sebelum ini, Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia mengesahkan Raisa memfailkan permohonan cerai secara atas talian pada 22 Oktober lalu.

Raisa dan Hamish pilih bawa haluan masing-masing.
Spekulasi rumah tangga mereka mula timbul selepas lagu-lagu dalam album terbaru Raisa, 'ambiVert', dikatakan sebagai luahan perasaan mengenai keretakan rumah tangganya.
Malah, tindakan Hamish memadam foto kenangan ulang tahun perkahwinan mereka di media sosial turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Untuk rekod, Raisa dan Hamish Daud Wyllie telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


