suria

Pemandu warga emas tak rasa bersalah, isteri Fiersa Besari ditawar ganti rugi RM55 selepas terlibat kemalangan

Fiersa tekad ambil tindakan undang-undang pada pelaku.

PENYANYI dan penulis lagu terkenal, Fiersa Besari meluahkan rasa bengang selepas isterinya, Aqia Nurfadla dilanggar kereta daripada arah belakang ketika berada di Stesen Gambir, Jakarta.

Menurut Fiersa, ketika kejadian isterinya dan pengurus sedang mengambil barang dari but teksi manakala dia pula sedang mendukung anak mereka yang sedang tidur.

“Isteri saya terhimpit antara dua kenderaan kerana tidak sempat menyelamatkan diri manakala pengurus sempat mengelak,” kongsinya di Instagram.

Aqia sedang menahan sakit selepas dilanggar.

Lebih menyakitkan hati apabila Fiersa mendakwa pemandu berusia sekitar 60-an itu meremehkan kecederaan isterinya.

Malah tanpa rasa bersalah pemandu berkenaan dengan selamba menawarkan RM55 (Rp200 ribu) sebagai ganti rugi.

“Saya memang marah, tapi lebih marah bila dia anggap perkara ini remeh dan cuba selesaikan dengan duit yang tak masuk akal,” tambahnya.

Ketika disoal siasat polis, pemandu terbabit mengaku tidak mempunyai wang dan kereta yang digunakan bukan miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fiersa Besari kembali ke KL, janji bawa kejutan buat peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bakal galau lagi, Fiersa Besari ‘Berjalan Mundur’ di Zepp KL 12 Oktober

Fiersa menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang walaupun isterinya cuba menghalang. 

"Akhirnya orang yang melanggar diberikan saman dan lesen memandunya ditahan," luahnya.

Selepas kejadian, isterinya segera dibawa mendapatkan rawatan dan dilaporkan tiada kecederaan serius namun mengalami bengkak pada otot.

Insiden itu juga menyebabkan perjalanan keluarga mereka ke Yogyakarta terpaksa dibatalkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!