TAMPIL dengan imej langsing, pelakon Bella Dowanna menyangkal tuduhan dia melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan.
Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 22, berkata, jika dibenarkan dia sanggup menunjukkan bahagian perutnya kepada umum bagi membuktikan dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan untuk kurus.
"Memang ada tanya saya ada buat potong usus ke? Tiada makna saya nak buat perkara macam itu.
"Saya tak pernah buat sebarang pembedahan! Kalau boleh tunjuk perut, saya dah buat," katanya kepada mStar.
Bella nafi buat prosedur bariatrik.
Menjelaskan perubahan fizikalnya, Bella memberitahu dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam tempoh setahun.
Tiada sebarang rahsia sebaliknya Bella memberitahu dia konsisten melakukan diet 'one meal a day' atau makan sehari sekali dan berpuasa.
"Saya bukan drastik kurus tapi proses ini mengambil masa selama setahun dan Alhamdulillah saya berjaya turun 20 kilogram daripada 85 kilogram.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan bergantung ubat tahan sakit, Bella Dowanna terpaksa jalani pembedahan
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna masuk hospital cedera bahagian lutut, jalani pembedahan selepas selesai penggambaran
"Rutin saya hanya makan sehari sekali atau OMAD dan alang-alang itu buat sekali ganti puasa.
"Saya juga kurangkan gula dalam makanan dan sekali sekali saya bersenam," jelasnya.
Malah kata Bella perjalanan dia berjaya turunkan berat badan adalah disebabkan diri sendiri tanpa ada paksaan orang lain.
"Apa yang naikkan motivasi saya untuk kurus apabila saya tidak disuruh untuk kurus.
Bella antara pelakon yang terlibat dalam drama bersiri Gadis Masa.
"Bila orang tekan-tekan saya suruh kurus saya takkan buat," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Bella merupakan antara pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama bersiri Viu Original berjudul Gadis Masa.
Selain Bella, pelakon lain yang turut terlibat dalam karya tersebut ialah Syafiq Kyle, Mira Filzah, Tracie Sinidol, Fadlan Hazim dan Nadia Aqilah.
Drama Gadis Masa akan mula ditayangkan pada 23 Januari ini menerusi platform penstriman Viu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!