suria

Kaki kiri ibu Hafiz Suip dipotong paras lutut akibat diabetes

Hafiz bersyukur ibunya (kanan) seorang yang kuat semangat.

PENYANYI Hafiz Suip terpaksa akur apabila kaki kiri ibunya terpaksa dipotong sehingga ke bahagian lutut akibat komplikasi penyakit diabetes.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkata, doktor menyarankan kaki ibunya dipotong walaupun pada asalnya hanya mengalami luka kecil pada bahagian jari kaki.

Apatah lagi ibunya iaitu Halizawati Salleh mengalamai pelbagai komplikasi penyakit lain selain kadar gula dalam darah tidak terkawal.

"Doktor bimbang kalau hanya buang bahagian luka akan menyebabkan berlaku jangkitan kuman berulang.

hafiz1 - 1

Hafiz mahu berbakti menjaga ibu dengan baik.

"Jadi kaedah paling selamat adalah dengan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut walaupun asalnya hanya luka kecil di bahagian jari," katanya kepada mStar.

Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Hafiz bersyukur apabila ibunya sudah boleh menerima hakikat dan berlapang dada apabila kakinya terpaksa dipotong.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafiz Suip mahu terus menetap di Kuching, jaga ibu sedang sakit

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penceraian bakal buat anak-anak merana, Hafiz Suip sanggup buat apa sahaja demi mereka

Malah ibunya sudah boleh bergurau mengenai keadaannya yang kini sudah tidak mempunyai kaki.

"Bayangkan selama ini dia hidup dengan kedua-dua belah kaki tetapi sekarang sudah tidak ada sebelah kaki.

"Alhamdulillah syukur sebab semangat ibu sangat tinggi dan dia reda dengan takdir ini. Sekarang kamilah 'kaki' (penguat) ibu," ujarnya.

Sementara itu, Hafiz menyimpan hasrat menempah kaki palsu buat ibunya agar memudahkannya bergerak selepas ini.

Bayangkan selama ini dia hidup dengan kedua-dua belah kaki tetapi sekarang sudah tidak ada sebelah kaki.

HAFIZ SUIP

PENYANYI

Bagaimanapun doktor menyarankan agar hasrat itu ditangguhkan bagi membolehkan ibunya benar-benar sembuh.

"Insya-Allah dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi baru rancang nak buat kaki palsu buat ibu. Kalau buat sekarang takut dia tak selesa pula," katanya.

Sebelum ini, Hafiz ada memberitahu sudah berpindah ke Kuching, Sarawak kerana ingin menjaga kedua ibu bapanya.

Hafiz memaklumkan, ibunya berdepan masalah kesihatan serius dan sering dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain