suria

Aina Abdul hormat pendapat Man Bai, belum putus asa gubah ‘killer song’

Aina menghormati pandangan Man Bai tentang dirinya.

PENYANYI Aina Abdul menghormati pendapat artis senior iaitu Man Bai yang merasakan dia masih belum mempunyai 'killer song' yang diingati pendengar.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, walaupun ada perasaan sedih dengan kenyataan tersebut namun dia bersetuju dengan apa dikatakan oleh Man Bai.

Disebabkan itu, Aina tidak akan sesekali berputus asa dalam terus mencipta karya terbaharu yang mungkin ada di antaranya akan menjadi lagu 'berhantunya'.

"Sudah tentu ada rasa sedih tapi saya tidak tahu konteks temu bual tersebut. Jadi saya enggan jadikan ia isu sehingga wujud perasaan kekok dengan Man Bai.

aina2 - 1

Aina menerima pendapat Man Bai dengan hati terbuka.

"Bagi saya apa dikatakan Man Bai itu benar. Seorang penyanyi itu perlu ada sebuah 'killer song' tetapi mungkin belum tiba giliran saya.

"Saya akan bekerja keras untuk menghasilkan 'killer song' dan terima kasih kepada Man Bai," katanya kepada mStar.

Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa dalam bidang seni melebihi segala-galanya, Aina Abdul anggap Siti Nurhaliza layak bergelar Biduanita Negara

ARTIKEL BERKAITAN: Juri jangan ‘tunjuk bijak’ singkir peserta, Man Bai anggap GV program memalukan artis

Dalam pada itu, Aina memberitahu akan mengambil setiap nasihat penyanyi lagu Kau Ilhamku itu apatah lagi mereka juga sering bekerjasama.

Malah kongsi Aina, dia juga sering melakukan latihan di studio milik penyanyi tersebut.

"Kami selalu bekerjasama malah setiap kali ada latihan saya akan pergi ke studio milik Man Bai.

Saya akan bekerja keras untuk menghasilkan 'killer song'. Terima kasih abang.

AINA ABDUL

PENYANYI

"Saya bekerja keras untuk menjadikan lagu-lagu saya seperti Sumpah, Semalam, Sepi dan Terus Hidup sebagai 'killer song' dan saya masih perlukan masa yang panjang," ujarnya.

Sebelum ini, Man Bai atau Abdul Rahman Osman, 57, berpendapat walaupun Aina memiliki bakat nyanyian luar biasa tetapi penyanyi berkenaan belum cukup membuatkan dia diingati.

Kata Man Bai, Aina perlu mempunyai 'killer song' yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang.

aina1 - 1

Aina mahu bekerja lebih keras untuk menghasilkan karya-karya terbaik.

Dalam perkembangan lain, Aina bakal beraksi di Konsert By Ajai & Mega Friends yang akan diadakan di The Star Theatre, Singapura pada 10 Mei depan.

Selain Aina, konsert turut diserikan oleh penyanyi popular termasuk Hafiz Suip, Dayang Nurfaizah, Hazama dan Asmidar.

Tidak hanya itu, komposer Ajai turut menampilkan anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Talita sebagai artis jemputan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain