PELAKON Sherry Ibrahim sudah kurang menerima komen negatif di media sosialnya selepas dia memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang memfitnahnya.
Sherry atau Syarizad Ibrahim, 42, berkata, amaran tersebut nampaknya mula memberi kesan namun itu bukan bererti dia akan berdiam diri jika ada pihak cuba menganggunya.
"Selepas saya keluarkan amaran itu, komen negatif dilemparkan terhadap saya sudah berkurangan, Alhamdulillah.
Sherry tidak mah menjaga kesihatan mental.
"Jadi kadang-kadang kita perlu bagi amaran supaya penghujungnya saya kena jaga kesihatan mental saya sendiri," katanya kepada mStar.
Sherry berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana drama bersiri Gadis Masa di Aloft, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Sherry memberitahu belum menerima sebarang permohonan maaf daripada individu menuduhnya masih belum ‘move on’ dengan kisah lamanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh belum ‘move on’... Sherry Ibrahim minta hentikan kebencian atau berdepan saman
ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim minta Fattah Amin terima takdir, kuatkan diri demi anak dan keluarga
Aktres itu menganggap kata-kata buruk dilemparkan terhadapnya sebagai ladang pahala percuma buatnya.
"Tidak, individu itu tiada buat permohonan maaf. Saya pun tak boleh nak hentikan apa yang netizen nak fikir dan cakap pada saya.
“Tapi mungkin kata-kata buruk diterima tu adalah pahala percuma untuk saya dan saya terima sahaja,” jelasnya.
Mungkin kata-kata buruk diterima tu adalah pahala percuma.
SHERRY IBRAHIM
PELAKON
Dalam perkembangan lain, Sherry antara pelakon terlibat dalam drama bersiri Viu Original berjudul Gadis Masa.
Selain Sherry, pelakon lain turut membintangi drama berkenaan adalah Syafiq Kyle, Mira Filzah, Tracie Sinidol, Bella Dowanna, Fadlan Hazim dan Nadia Aqilah.
Gadis Masa akan ditayangkan bermula 23 Januari ini menerusi platform penstriman Viu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!