suria

[V] Naqiu hilang sabar, dedah perbuatan individu cuba perdaya dan burukkan namanya

PENYANYI Naqiu menuntut ganti rugi terhadap seorang individu yang didakwa menipunya sehingga terpaksa menanggung kerugian mencecah RM100,000.

Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, berkata, individu tersebut turut menggunakan namanya bagi tujuan mempromosikan produk tanpa pengetahuannya.

Tidak hanya itu, dia juga ditipu oleh individu sama yang memintanya menghasilkan dua buah lagu namun tanpa sebarang bayaran.

naqiu 2

Naqiu bersama peguamnya.

"Dia menggunakan saya untuk membuat video promosi sebuah jenama di luar pengetahuan saya.

"Dia juga ada meminta saya untuk membuat lagu tanpa membuat sebarang pembayaran sekali gus membuang masa saya," katanya kepada mStar.

Naqiu berkongsi perkara ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Khayalan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ada sebab kembali sertai pertandingan nyanyian, pasangan duet di Famili Duo 4 kekal rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Empat kali Naqiu pujuk, akhirnya Joey Daud setuju sertai ‘Famili Duo 4’... Mahu kembali aktif menyanyi

Dia turut hadir bersama peguamnya iaitu Aizat Azam dari tetuan LegalAis.

Bukan itu sahaja, nama baik Naqiu juga tercalar apabila individu berkenaan menjaja cerita dia dipaksa merakamkan lagu gubahannya.

"Dalam satu pertemuan sebelum ini, dia menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu walaupun dia tidak mempunyai bakat.

Pada awalnya saya tidak mahu memperbesarkan isu ini tetapi apabila saya diam, seolah-olah saya semakin dipermainkan

NAQIU

PENYANYI

"Ketika dalam peringkat demo, dia mendakwa saya yang memaksa dia merakamkan single tersebut kepada orang-orang industri seni.

"Dia juga mendakwa sudah membayar kos projek ini sedangkan satu sen pun saya tidak dapat malah masa saya yang terbuang.

"Logikkah saya nak paksa untuk seseorang tidak berbakat untuk menyanyikan lagu saya sedangkan duit pun saya tak dapat?," katanya lagi.

naqiu 3

Naqiu tidak berdiam kerana mahu beri pengajaran.

Dalam pada itu, Naqiu memberitahu dia mengambil tindakan tersebut bagi memberi pengajaran kepada individu berkenaan.

"Pada awalnya saya tidak mahu memperbesarkan isu ini tetapi apabila saya diam, seolah-olah saya semakin dipermainkan.

"Mungkin dia anggap saya penakut dan tak pandai, jadi rasanya sekarang saya kena bertindak.

"Isu ini bukan kali pertama berlaku tetapi apa yang sudah dilakukan individu ini sudah melampau kerana dia juga cuba memburukkan dan mencabar saya," ujarnya.

Selain Naqiu, pihak pengurusannya iaitu Mindorder turut menerima nasib sama dan menghantar surat tuntutan atau letter of demand (LOD) kepada individu terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain