MENGAMBIL keberkatan bulan Ramadan, pelakon Nadia Brian memilih untuk memperlahankan kerjaya seni agar dapat memberikan fokus kepada ibadat.
Bukan hanya itu, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata dia turut terbuka untuk terlibat dengan mana-mana acara kebajikan bagi tujuan berkongsi rezeki.
"Sepanjang bulan Ramadan inilah saya mahu perbanyakkan aktiviti kebajikan. Sebab biasanya saya akan hadkan waktu penggambaran di bulan puasa.
Nadia kurang ambil tawaran kerja sepanjang Ramadan.
"Saya mahu fokus kepada ibadah. Harap tahun ini dapat lebih banyak solat terawih," katanya kepada mStar.
Nadia ditemui ketika dia sama-sama terlibat dalam program majlis memasak dan agihan bubur lambuk anjuran penerbit A. Aida yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin.
Menurut Nadia, penglibatan dalam aktiviti sebegitu juga sebagai cara untuk dia lebih mendalami agama selain memperbaiki kelemahan diri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Penat selalu jadi pilihan kedua... Nadia Brian berharap jumpa lelaki ikhlas terima seadanya
ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian artis pertama podcast Kenot Brain... Curhat tentang jodoh, kontroversi seksi dan kisah misteri
Dalam masa sama, Nadia juga sempat berseloroh mahu menjadi lebih baik sebelum kembali bergelar isteri orang.
"Bila usia semakin meningkat mestilah kita mahu menjadi lebih baik. Semoga segalanya dipermudahkan.
Sekarang ini memang sedia nak berkahwin, cuma calon belum ada
NADIA BRIAN
PELAKON
"Impian berkahwin pun pasti ada dan ini juga salah satu persiapan untuk bergelar isteri.
"Sekarang ini memang sedia nak berkahwin, cuma calon belum ada," ujarnya.
Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka bercerai pada April 2021.
Nadia sedia menerima kehadiran teman hidup baharu.
Bercakap lanjut tentang sambutan Ramadan kali ini, Nadia merancang untuk melakukan jelajah berbuka puasa di masjid.
"Tahun ini saya nak berbuka puasa di masjid sahaja. Dapatlah elakkan pembaziran. Jika berbuka di masjid lebih sederhana.
"Makanan di rumah pun tetap saya sediakan sebagai juadah bersahur," ceritanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!