suria

Tak dapat luang masa bersama anak, Fattah Amin minta doakan Fatima segera sembuh

Fattah beberapa kali tidak dapat luangkan masa bersama Fatima.

PELAKON Fattah Amin meluahkan rasa kecewa apabila dia tidak dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, mereka tidak dapat bertemu kerana anak kesayangannya itu sedang berada dalam keadaan tidak sihat.

"Sudah beberapa kali Daddy (panggilan Fattah) datang tapi tak dapat jumpa Fatima.

Luahan hati Fattah mengenai keadaan anaknya.

"Kasihan Fatima tak sihat, mohon doakan Fatima," katanya.

Fattah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.

Menerusi hantaran sama, Fattah berkongsi keadaan Fatima, 5, yang dilihat sedang mengambil ubat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkejut Fattah Amin tiba-tiba muncul gosip dah bertunang dengan Amira Othman

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin anggap kisah peribadi tiada manfaat, harga bergelar selebriti

Pun begitu, Fattah tidak berkongsi lanjut mengenai masalah kesihatan dialami Fatima.

Sebelum ini, Fattah dan bekas isterinya, Nur Fazura, 42, mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak mereka.

Fazura mendapat hak penjagaan sepenuhnya manakala Fattah pula diberikan hak bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.

Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga bersama Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia