TIADA niat mengambil kesempatan di atas kedukaan orang lain, pelakon Zarina Zainuddin menjelaskan dia berkongsi tentang anak usahawan Ridzuan Ridzokumura kerana sedar ramai simpati dan bimbangkan keadaan remaja tersebut.
Zarina, 55, berkata, dia juga sangat berhati-hati sebelum memuat naik hantaran melibatkan Sky Taizo Okumura di media sosial.
Jelasnya, dia tidak merakam keseluruhan aktiviti seharian Sky sebaliknya hanya saat seperti waktu berbuka, sahur dan solat bersama untuk tatapan umum.
“Bukannya saya mengambil kesempatan dengan membuat video siaran langsung selama 24 jam sehari.
Zarina dan Allahyarham Akiko sememangnya rapat.
“Tak semua benda saya rakam sebaliknya hanya post benda-benda baik. Itu pun saya hanya kongsi di Instastory sahaja.
“Kalau ada yang mengutuk, saya hanya bersyukur… Di bulan Ramadan ini sepatutnya mencari pahala bukan dosa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Berkongsi mengenai keadaan terkini Sky, Zarina menyifatkan remaja 13 tahun itu seorang yang tabah dalam menghadapi ujian kehilangan seorang ibu pada usia muda.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zarina Zainuddin imbau bawa Akiko Okumura peluk Islam, sanggup lupakan harta demi cinta terhadap suami
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali puasa tanpa ibu, netizen sayu Zarina Zainuddin sediakan makanan Jepun untuk anak Ridzuan Ridzokumura
Sky juga kata Zarina sedang cuba memproses dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya walaupun masih belum ada kekuatan pulang ke rumah mereka.
“Alhamdulillah Sky seorang anak yang baik dan tabah orangnya dalam berdepan dugaan.
“Sepanjang berada di rumah saya, kami solat sama-sama dan dia sentiasa mendoakan buat arwah ibunya,” jelasnya.
Alhamdulillah setakat ini apa saya masak semua dia makan.
ZARINA ZAINUDDIN
PELAKON
Menurut Zarina, Sky juga tidak memilih makanan walaupun tahu dia sangat merindui masakan air tangan ibunya.
“Dia tidak memilih soal makanan cuma biasalah dia rindu masakan arwah ibunya.
“Alhamdulillah setakat ini apa saya masak semua dia makan," ujarnya.
Zarina sediakan juadah berbuka mengikut selera Sky.
Pada 28 Februari lalu, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, memaklumkan isterinya meninggal dunia namun tidak menyatakan punca kematiannya.
Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan pada Selasa mengesahkan wanita warga Jepun yang maut terjatuh di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan.
Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada pagi Sabtu lalu.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko atau nama Islamnya Aishah Abdullah pada Februari 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!