suria

Syed Saddiq rancang kejutan hari jadi, Bella Astillah menangis sebab gembira

Saddiq buat kejutan sempena ulang tahun Bella.

AIR mata penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengalir saat meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ke-31 yang jatuh pada Sabtu.

Mengharungi pelbagai dugaan sepanjang tahun lalu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memberitahu air mata yang mengalir kali ini adalah disebabkan terlalu gembira.

“Saya sangat ‘down’ masa itu malah setiap masa menangis sampai demam.

Bella kongsi kenangan sambutan tahun lalu.

“Ketika itu saya tak mahu jumpa sesiapa tapi rakan-rakan datang bawa sarapan buat kejutan tapi saya memang tak mahu raikan (hari jadi).

“Tahun 2025 pun menangis tapi tangisan kegembiraan, Alhamdulillah,” katanya.

Bella menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah syukur kes khalwat bekas suami selesai, isu babit Aliff Aziz bukan lagi urusannya

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq nampak malu-malu, Bella Astillah pula terkelu nak jawab status hubungan

Dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsi gambar dan video sambutan kali ini bersama ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Tidak ketinggalan sama meraikan hari jadi Bella adalah ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Meluahkan rasa syukur, Bella juga menganggap setiap ujian dilalui sebelum ini memberi hikmah dan pengajaran terbesar dalam hidupnya.

Saya sangat ‘down’ masa itu malah setiap masa menangis sampai demam

BELLA ASTILLAH

PENYANYI/PELAKON

Malah kata Bella dia mula memahami erti tentang kemanisan selepas dilanda ujian dan tidak akan selama-lamanya berada dalam keadaan sedih.

“Jika anda yakin akan ada pelangi selepas hujan, maka anda harus yakin akan ada kebahagiaan setelah adanya perjuangan.

“Tidak kira cepat atau pun lambat tapi pasti bagi hamba-Nya yang sabar dan ikhlas.

Sambutan ulang tahun Bella diraikan penuh meriah.

Sambutan ulang tahun Bella diraikan penuh meriah.

“Jika jatuh ada hujan dan bangkit adalah matahari… Maka kita perlu kedua-duanya untuk melihat pelangi,” luahnya.

Bella dalam masa sama turut menyampai ucapan penghargaan buat Syed Saddiq yang telah merancang kejutan sambutan ulang tahunnya kali ini.

"Saya menghargai awak untuk rancang kejutan ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain