suria

Babak usap janggut guna kaki ‘trick’ kamera, Faizal Hussein dah jangka kena kecam

Lakonan Faizal dalam Bidaah menjadi.

NAMA pelakon Faizal Hussein menjadi bualan hangat gara-gara adegan bersama aktres Vanidah Imran yang mengusap janggutnya menggunakan kaki dalam drama Bidaah.

Menjawab mengenai perkara itu, Faizal, 58, berkata drama berkenaan mempunyai mesej tersembunyi sekali gus memaparkan realiti yang jarang diketengahkan.

Katanya, babak-babak yang mengudang rasa tidak senang penonton sebenarnya menggunakan helah kamera sekali gus membuatkan ia terlihat benar.

Babak mesra bersama Vanidah juga dikecam netizen.

“Babak kaki Vanidah sentuh janggut saya, kami sebenarnya tak bersentuhan pun kerana itu adalah janggut palsu dan untuk babak intim pula pengarah banyak bermain dengan kaedah artistik.

“Bagi babak orang cium kaki serta minum air basuhan kaki lebih kepada teknik helah kamera. Saya menghormati Erma sebagai penulis dan apa ditunjukkan adalah diangkat dari kisah benar.

“Tak perlulah saya nak bercakap lebih lanjut tapi inilah paling dekat dengan realiti ajaran sesat sebab babak-babak diketengahkan memang berdasarkan kisah benar,” katanya kepada mStar.

Menurut Faizal, dia mengetahui namanya menjadi bualan ramai memandangkan telefon bimbitnya menerima pelbagai notifikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Hussein tolak banyak tawaran lakonan, tak mahu terima watak tidak penting

ARTIKEL BERKAITAN: Babak usap janggut guna kaki undang rasa kurang senang netizen, Erma Fatima dah bersedia kena tempias

Katanya, sebelum melakonkan adegan berkenaan dia sudah bersedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak.

"Saya tak pernah anggap kecaman satu tekanan pun. Sebelum buat kerja lagi saya dah boleh tahu pasti akan jadi seperti ini (tular). 

"Lebih-lebih lagi membabitkan babak saya dan Vanidah lakonkan. Memang akan tular, tapi tular yang sihat,"  jelasnya.

Berkongsi lanjut, Faizal berkata dia beberapa kali berusaha untuk terpalit dengan kontroversi seperti ini namun gagal disebabkan mempunyai imej bersih dalam kalangan penonton.

Watak yang ditonjolkan itu hanya lakonan.

FAIZAL HUSSEIN

PELAKON

“Watak Rudy (filem KL Wayangan) memang mabuk sepanjang masa, saya nak tunjuk keburukan dalam dunia perlumbaan. Memandangkan itu idea saya, saya sudah bersedia untuk dikecam.

“Orang tak hairan pun. Maknanya orang anggap Faizal Hussein tunjuk apa pun mereka tahu saya okey, tak ada kontroversi.

“Bukan soal saya ‘untouchable’ (tidak boleh disentuh). Watak yang ditonjolkan itu hanya lakonan,” jelasnya.

Faizal seronok dikecam netizen.

Sebelum ini, kecoh di media sosial adegan Vanidah sebagai Ummi Rabiatul menyentuh janggut Faizal menggunakan kakinya yang menjadi perdebatan ramai dalam media sosial.

Drama Bidaah diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh produksi Rumah Karya Citra milik Erma Fatima.

Bidaah sedang ditayangkan menerusi platform penstriman Viu sejak 6 Mac lalu sebanyak 15 episod.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain