suria

Tiada batas dalam lakonan, Anne Abdullah syukur artis senior kembali jadi rebutan

Anne harap lebih ramai pelakon senior diberi tawaran kerja.

PELAKON Anne Abdullah tidak pernah menganggap faktor usia sebagai satu penghalang buat mana-mana rakan artis menjayakan pelbagai watak dalam lakonan.

Malah bagi Anne atau Noraini Abdullah, 53, dia juga berbangga apabila kini ramai pelakon senior semakin menyerlah diberi kepercayan membawa watak lebih berat.

"Sebenarnya artis-artis senior ini lebih banyak pengalaman dan boleh bawa pelbagai watak. Bukan hanya terbatas kepada watak seorang ibu sahaja. Berilah watak jahat atau gila sekalipun mesti boleh bawa.

Anne sedia galas pelbagai watak dalam lakonan.

"Saya sendiri tidak meletakkan batasan dalam lakonan. Cuma apabila berhijab perlulah watak yang sesuai, tetapi karakter itu boleh pelbagai.

"Seronok melihat ramai artis senior sekarang semakin mendapat perhatian. Bukti mereka masih relevan," katanya kepada mStar.

Anne ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) yang berlangsung di Shah Alam pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Diskriminasi bayaran artis veteran belum berubah, Anne Abdullah minta produksi jangan berat sebelah

ARTIKEL BERKAITAN: Babak usap janggut guna kaki ‘trick’ kamera, Faizal Hussein dah jangka kena kecam

Sebagai presiden persatuan tersebut, Anne juga sentiasa memberi galakan rakan-rakan lain terutama artis senior untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Bukan hanya melakukan jualan secara langsung, malah setiap mereka juga mula aktif di aplikasi TikTok sebagai salah satu cara memasarkan produk.

"Saya galakkan mereka buka akaun TikTok bukan mengedik tapi jual produk.

Cuma apabila berhijab perlulah watak yang sesuai, tetapi karakter itu boleh pelbagai

ANNE ABDULLAH

PELAKON

"Sekarang pun banyak persaingan karnival yang juga melibatkan artis. Jadi kalau tak terlibat dengan mana-mana karnival masih ada tempat untuk berniaga," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang majlis berbuka puasa yang dianjurkan, Anne memberitahu ia juga sudah menjadi acara tahunan GTAS untuk meraikan golongan kurang berkemampuan.

GTAS rai lebih 30 anak yatim dalam majlis berbuka.

Dalam majlis tersebut dia bersama rakan-rakan artis turut menyampaikan sumbangan kepada 30 orang anak-anak yatim dari Madrasah Tahfiz Darul Muslimin, Klang.

"Bukan hanya anak yatim, tetapi ada juga dalam kalangan artis yang kurang berkemampuan. Jadi kita raikan dalam satu majlis sebegini.

"Selain menggunakan duit persatuan ada juga artis yang sama menghulurkan bantuan untuk membantu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain