suria

Dua bulan ‘berperang’ lawan kanser, anak Amyza Aznan sudah melepasi fasa kritikal

Amyza bersyukur melihat Andre (kanan) kini semakin pulih.

DUA bulan berperang dengan kanser paru-paru tahap tiga, pelakon Amyza Aznan lega apabila anak lelakinya iaitu Andre Mikhail, 19, mula menunjukkan perkembangan positif.

Amyza, 48, berkata, Andre sudah melepasi fasa genting dalam melawan kanser dan kerinduan mendengar suara anak kesayangannya terubat.

“Assalamualaikum semua, Andre hari ini pada 22 April 2025. Buat pertama kali setelah fasa-fasa kritikal, genting. 

 

Amyza (kanan) gembira melihat perkembangan positif ditunjukkan Andre (kiri).

“Rindu sangat suara ni, rindu syukur Alhamdulillah,” katanya. 

Amyza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

Dalam hantaran dibuat, Amyza turut berkongsi sebuah video memaparkan Andre sedang menyanyi sambil bermain gitar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan anak Amyza Aznan tidur duduk menahan sakit, tak sangka rupanya derita kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Didie Alias datang beri semangat buat Amyza Aznan, rai hari jadi ke-19 Andre di wad

Terharu melihat perkembangan anak sulungnya itu, Amyza mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja hospital kerana sudah merawat Andre dengan baik. 

Malah pelakon drama Bawah Payung Awan ini juga sempat menitipkan penghargaan buat individu yang mengirimkan doa untuk kesembuhan anaknya itu.

“Jutaan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus doa dan semangat, buat semua doktor dan jururawat di hospital Ampang dan Kuala Lumpur. 

“Kepada semua yang mendoakan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan di mana sahaja. Hanya Allah yang membalas segala kebaikan anda. Kuasa doa, terima kasih orang baik,” ujarnya. 

Amyza (kanan) sebelum ini memaklumkan anaknya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Pada 15 Februari lalu, Amyza berkongsi khabar duka Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anak sulungnya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor. 

Remaja itu kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain