suria

Edika Yusof tak pernah curang, isteri sensitif sejak sakit

Edika terkejut apabila mengetahui isterinya memfailkan penceraian.

TERKEJUT dengan tindakan isteri memfailkan penceraian, pelakon Edika Yusof menegaskan dia tidak pernah berlaku curang sepanjang perkahwinan mereka selama hampir 22 tahun. 

Edika, 58, sebaliknya memberitahu dia sudah sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. 

Malah kata aktor berkenaan, dia tidak tahu sekiranya ada kelakuannya dianggap kasar kerana menyifatkan keadaan isteri iaitu Nor Hidayah semakin sensitif sejak jatuh sakit. 

“Dalam rumah tangga kami ini, saya tidak berlaku curang dan saya lunaskan tanggungjawab sebagai suami. 

Edika sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

“Saya pun sebenarnya terperanjat dan tidak tahu isu apa yang membuatkan dia (isteri) mahu bercerai. 

“Saya tidak tahulah nak cakap melakukan keganasan atau tidak kerana bila orang tidak sihat ini kadang-kadang mereka jadi lebih sensitif,” katanya kepada mStar. 

Edika ketika ditemui di Majlis Muhibbah Sambutan Raya Aidilfitri Finas yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Selasa. 

Dalam pada itu, Edika tidak menafikan mungkin Hidayah sudah memendam perasaannya sehingga membuatkan dia tidak sedar sekiranya ada melakukan kesilapan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam keadaan berkerusi roda ke mahkamah mahu cerai, mesti ada sebab kukuh - Isteri Edika Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: Tak rela bercerai pada usia emas, Edika Yusof anggap ‘hadiah’ sempena hari jadi ke-58

“Mungkin juga saya sebagai suami terlepas pandang sebab setelah sekian lama adakalanya saya sudah melayaninya seperti biasa (normal). 

“Saya pun mungkin ada silap sama ada daripada percakapan yang disalah tafsir. Saya nampak dia lebih sensitif, susah nak bawa berbincang. Kadang-kadang perkara kecil pun boleh bawa bergaduh. 

“Mungkin perkara-perkara kecil yang berlaku sepanjang 19 tahun ini membuatkan dia hilang sabar. Selalunya saya ajak berbincang tetapi isteri saya ini suka pendam perasaan,” ujarnya. 

Bagaimanapun, pelakon Maria Mariana ini masih menyimpan hasrat menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri. 

Selalunya saya ajak berbincang tetapi isteri saya ini suka pendam perasaan. 

EDIKA YUSOF

PELAKON

Pun begitu, sekiranya Hidayah bertekad untuk terus berpisah, Edika memberitahu dia reda dan berjanji akan tetap menjaganya dengan baik. 

“Harapan saya kalau kami boleh berbaik semula dan berbincang, Alhamdulillah. Saya anggap ia sebagai hadiah hari lahir. 

“Tapi kalau tidak, saya tetap mahu berkawan dengan isteri kerana kami ada anak-anak. Saya mahu kekalkan silaturahim itu dan tidak mahu bermusuh. 

“Kalau tiada jodoh sebagai suami isteri, saya tetap akan menjaga dan mengambil berat dari jauh,” katanya. 

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2003.

Pada 24 Mac lalu, Hidayah memfailkan cerai terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan memiliki  dua orang cahaya mata iaitu Fareena Nurulhaq, dan Fardeen Ulhaq, 20. 

Hidayah juga memiliki seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, Hidayah mengalami lumpuh separuh badan akibat demam panas sejak 19 tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain