suria

Tak sampai sebulan dilahirkan, anak kedua Ain Edruce dijangkiti RSV

Anak kedua Ain (kiri) dijangkiti virus RSV.

ANAK kedua pengacara Ain Edruce mengalami masalah jangkitan respiratory syncytial virus (RSV) sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. 

Ain atau Nurul Ain Edruce, 34, berkata, dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang belum pun berusia sebulan terpaksa berdepan dengan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan itu.

Kata Ain, anaknya kini sudah dibenarkan keluar dari wad dan memohon orang ramai  mendoakan agar diberi kesembuhan. 

Ain menjaga anaknya yang dirawat di hospital.

Ain menjaga anaknya yang dirawat di hospital.

“Adik, lama dah duduk dalam wad tu jom balik. Kasihan kakak Soraya rindu awak. 

“Sedih mummy (panggilan Ain) haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua. Belum sebulan lagi awak lahir, baru berapa hari dah masuk wad balik. 

“Alhamdulillah adik dah sihat tapi belum sembuh sepenuhnya sebab dia bayi kan. Doakan adik Soraya sihat cepat macam kakak dia okay. RSV ini jahat,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce timang bayi lelaki, mengidam ‘Beef Wellington’ restoran Gordon Ramsay selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce umum bakal timang anak lelaki, sempat usik suami dah lupa berapa tahun kahwin

Ain berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Ain memberitahu sebelum ini anak sulungnya iaitu Soraya terlebih dahulu dijangkiti RSV dan seterusnya melarat ke anak kedua. 

Kata Ain, disebabkan usia bayinya masih terlalu muda, doktor menasihati agar mendapatkan rawatan di hospital bagi pemantauan rapi. 

“Sebenarnya Soraya yang kena dulu, lepas itu berjangkit pula dekat adiknya. Cuma bila bayi dijangkiti virus ini, dia jadi teruk sebab mereka tak boleh keluarkan kahak dan hingus. 

“Untuk bayi bawah 6 bulan sangatlah bahaya sebab itu dia ditahan di wad. Sewaktu di hospital anak saya dijaga rapi oleh doktor,” ujarnya. 

Ain sedih mengenangkan anaknya masih kecil dan mengalami jangkita RSV.

Ain sedih mengenangkan anaknya yang masih kecil menghidap jangkitan RSV.

Pada 28 Mac lalu, Ain selamat melahirkan cahaya mata kedua di pusat perubatan swasta di Subang Jaya. 

Bayi seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan kecemasan atas nasihat doktor. 

Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz pada 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain