PELAKON dan penyanyi Erra Fazira kekal tenang apabila namanya sering kali dipetik berkahwin secara rahsia.
Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata setiap kali namanya menjadi sebutan netizen, dia tidak melatah sebaliknya hanya menanti sentiasa kebenaran terungkap.
Kata Erra, selepas beberapa hari namanya menjadi sebutan biasanya ia akan bersih dengan sendirinya.
Erra sudah terbiasa dengan kata netizen.
"Maka ternyata bukan saya orangnya. Saya selalu jadi mangsa keadaan tetapi sudah tentulah bukan saya.
"Saya tak adalah terkejut cuma macam saya terkena lagi kali ini. Saya sudah biasa dapat maklum balas seperti itu.
"Jadi saya tak sabar nak tunggu kebenaran dan orang ramai akan berhenti sebut nama saya. Akhirnya selepas beberapa hari kemudian, kita sudah tahu siapa orangnya," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira cari calon suami sekufu, tak kejar dunia tapi idam pengakhiran baik
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sorok hubungan, Erra Fazira lebih terbuka kongsi kisah peribadi mahu lalui kehidupan normal
Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Rizman Ruzaini yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Erra yang sedang menjalinkan hubungan dengan usahawan Ezwan Zain memberitahu dia masih lagi memegang status ibu tunggal.
"Mestilah sehingga ke detik ini saya masih lagi single, akan datang ke apa, doakan. Saya tak adalah nak maktubkan nak kata ini raya terakhir atau apa.
"Tapi kalau terakhir Alhamdulillah, kalau seterusnya pun nak buat macam mana... terima seadanya," ujarnya.
Saya bukan nak pukul canang.
ERRA FAZIRA
PELAKON/PENYANYI
Kata Erra, dia sentiasa menerima takdir yang tertulis buat dirinya pada masa akan datang.
Pun begitu, dia mengakui kurang selesa apabila kisahnya menjadi perhatian ramai memandangkan usianya sudah meningkat.
"Saya bukan nak pukul canang, tapi saya rasa perkara macam ini lebih baik diberi perhatian kepada orang muda.
“Saya tak nak terlalu terbuka dan terlalu privasi," kongsinya.
Hubungan dengan Ezwan masih diperingkat perkenalan.
Dalam pada itu, dia gembira apabila anak perempuannya iaitu Engku Aleesya, 16, dapat menerima kekasihnya dengan hati terbuka.
"Anak saya sudah 16 tahun sekarang dia lebih ingin melihat saya gembira dan dia pun seorang yang memehati.
“Kalau tak kena dimata dia pasti akan bersuara. Tapi Alhamdulllah dia tiada masalah dan okay saja," jelasnya.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahwan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.
Aleesya sudah beri lampu hijau.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.
Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!