MENGHITUNG hari menamatkan zaman bujang, pelakon Eyka Farhana masih belum bersedia berkongsi tarikh sebenar perkahwinannya.
Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, bagaimanapun memberitahu persiapan majlis pernikahannya bersama pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid sudah hampir selesai.
Jelas Eyka majlis pernikahan tersebut bukan sesuatu yang privasi namun jemputan tetamu adalah terhad.
Eyka belum bersedia kongsi hari bahagia.
"Persiapan Alhamdulillah semuanya okay dan sudah hampir 80 peratus.
"Bukanlah terlalu privasi, saya jemput juga rakan dan keluarga terdekat tapi semuanya terhad," katanya kepada mStar.
Eyka berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Rizman Ruzaini yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan simpan rahsia, Eyka Farhana kini tunang Akhyar Rashid
ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana kongsi detik perkenalan dengan Akhyar Rashid, tiada masalah jalani percintaan jarak jauh
Menurut Eyka, dia kini dalam keadaan gembira namun gementar menghitung hari bahagianya.
Namun terharu apabila ramai peminat mendoakan kebahagiannya bersama jejaka pilihannya.
"Mestilah berdebar, teruja dan gementar... semua ada. saya harapkan majlis nanti berjalan dengan lancar dan semuanya dipermudah.
"Saya dan Akhyar mengharapkan doa dari peminat sebab nak mulakan kehidupan sebagai suami isteri ini memang banyak kami kena belajar," ujarnya.
Dia tiada halangan malah selalu menyokong.
EYKA FARHANA
PELAKON
Dalam pada itu, Eyka memberitahu Akhyar tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif dalam lakonan.
Sebaliknya, buah hatinya itu menjadi penyokong utama dalam melebarkan kariernya.
"Selepas berkahwin kerjaya saya masih berjalan dan dia tiada halangan malah dia selalu sokong lakonan saya.
"Kami sudah memahami antara satu sama lain dan masa bercinta pun kami jalani hubungan jarak jauh mungkin selepas kahwin perubahan dari segi masa.
Eyka dan Akhyar bertunang pada Ogos 2023.
"Mungkin ada masa saya akan fokus kepada dia dan ada masa fokus kepada karier saya," kongsinya.
Sebelum ini, media melaporkan Eyka dan juga Akhyar bakal menamatkan zaman bujang pada awal Mei nanti.
Untuk rekod, Eyka dan Akhyar mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2023.
Pasangan ini juga dilihat menunaikan umrah bersama keluarga dan bakal mentua pada awal Ramadan lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!