PELAKON lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek bagaimanapun tidak ditahan dan dibebaskan sebaik sahaja keterangannya diambil.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya memetik laporan Harian Metro.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menerima laporan daripada kekasih pelakon berkenaan pada 7 April lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon didakwa pukul kekasih muncul beri keterangan, ditemani bapa ke balai polis
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki didakwa pukul kekasih gagal dikesan, waran tangkap mungkin dikeluarkan
Wanita berkenaan mendakwa dirinya dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek menggunakan tangan.
Jelasnya, wanita berkenaan juga pernah membuat laporan atas kes sama namun menarik semula tidak lama selepas itu.
"Siasatan mendapati, mangsa ini juga pernah buat laporan polis pada tahun lalu atas kejadian sama oleh suspek sama tapi aduan itu ditarik balik oleh mangsa sendiri," katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!