suria

Rossa pertahan wanita buat pembedahan plastik, setiap orang berhak nak cantik

Rossa minta agar orang ramai hormati pilihan setiap individu.

MENCECAH usia 47 tahun, penyanyi Datuk Seri Rossa percaya setiap orang berhak mendapat kecantikan dengan cara tersendiri.

Rossa atau Sri Rossa Rosliana Handayani berpendapat tidak salah sekiranya seseorang individu melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan asalkan tidak berlebihan dan mengubah ciptaan asal Allah SWT. 

"Setiap orang ada pendapat peribadi mengenai pembedahan plastik, tapi bagi saya tiada masalah asalkan tidak berlebihan atau mengubah ciptaan Allah SWT.

Rossa setuju sekiranya lakukan pembedahan plastik.

"Mungkin ada melakukan rawatan untuk memperbaiki sesuatu yang dirasakan tidak elok pada wajahnya seperti mata tidak seimbang dan terganggu dengan perkara itu.

"Jadi semuanya bergantung kepada peribadi dan bajet mereka," katanya kepada mStar.

Rossa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis  Ukhuwah Raya Datuk Seri Rossa yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Rossa, rawatan kecantikan seperti pembedahan plastik itu bukan hanya terkenal dalam kalangan selebriti namun juga orang biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak rasa apa-apa pinggang dirangkul, anggap Jackson Wang macam adik sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Penuh kejutan dan kelainan, Rossa cerita perjalanan seni 28 tahun menerusi konsert solo ‘Here I Am’

Jelasnya, mereka yang melakukannya pasti mempunyai kewangan yang stabil.

"Pembedahan plastik itu sudah ramai yang melakukannya, bukan hanya untuk selebriti saja tapi semua orang juga boleh melakukan itu. 

"Kalau ada kemampuan, kewangan dan kemahuan diri," luahnya.

Malah Rossa berpendapat golongan selebriti sering kali memilih untuk melakukan pembedahan plastik selepas wajah mereka menjadi bahan kritikan netizen.

Kita harapkan mereka menghormati dan menghargai.

DATUK SERI ROSSA

PENYANYI

"Tapi untuk orang seni mungkin ada segelintir peminat memberi komen tentang perubahan wajah yang semakin berusia.

"Memang kita perlu terima tapi pada masa sama sedih kerana kita harapkan mereka menghormati dan menghargai," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Rossa bakal menganjurkan konsert 'Here I Am' pada 14 Jun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Rossa bakal mengadakan konsert pada Jun depan.

Konsert 'Here I Am' ini turut mengundang penyanyi jemputan termasuk Ariel Noah dari Indonesia serta Ernie Zakri dan MK K-Clique.

Tidak hanya itu, Rossa juga membawa peserta One In A Million (OIAM) iaitu Marygrace, Zazzleen serta Kai Deva untuk turut sama-sama bergandingan dengannya di atas pentas.

Konsert tersebut adalah kesinambungan kejayaan siri konsert terdahulu iaitu Rossa 25 Shinning Years pada 2022 dan Another Journey: The Beginning (2023) yang menarik lebih 80,000 penonton di tiga negara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain