suria

Dah ada Vellfire tapi besar sangat, bapa hadiahkan Alyssa Dezek kereta Proton sempena hari jadi ke-17

Alyssa terima hadiah kereta jenis Proton X70 di ulang tahun kelahiran ke-17.

SEMPENA ulang tahun kelahiran ke-17, penyanyi Alyssa Dezek menerima hadiah berupa kereta jenis Proton X50 daripada bapanya iaitu Hafidz Dezek. 

Menurut ibu Alyssa iaitu Suzanne Sahri, suaminya memberikan hadiah kereta bagi memudahkan penyanyi berkenaan memandu sendiri untuk meneruskan pengajian di kolej nanti. 

Malah, Suzanne berkata dia dan suami turut menghadiahkan nombor pendaftaran kereta bersempena dengan nama anak perempuan mereka itu. 

Alyssa (dua dari kiri) bersama ibu, adik dan bapanya.

Alyssa (dua dari kiri) bersama ibu, adik dan bapanya.

"Ayah dia belikan kereta sempena hadiah hari lahir ke-17, jadi selepas ini bolehlah dia memandu kereta sendiri.

"Dia pun dah ada kereta Vellfire tetapi kereta baru ini lebih sesuai untuk dia bawa ke kolej nanti. Takkanlah nak bawa Vellfire besar sangat.

“Insya-Allah bulan ini dia akan ambil lesen memandu. Nombor plat kereta itu pun memang kami hadiahkan sempena nama dia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Beli Vellfire pada usia 12 tahun, ibu Alyssa Dezek dituduh tak pandai urus duit anak - “Mungkin mereka tak tahu siapa ayah dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Anggaran pendapatan YouTube lebih RM29,000 sebulan, ramai peminat Indonesia, ini 10 fakta tentang Alyssa Dezek!

Dalam pada itu, Suzanne memberitahu sebelum ini Alyssa pernah menyatakan hasrat untuk membeli kereta baharu namun dia menasihatkan anaknya itu menghabiskan persekolahan terlebih dahulu. 

Bagaimanapun, impian anaknya itu akhirnya direalisasikan dengan kejutan yang dilakukan di sebuah bilik pameran kenderaan di ibu kota. 

“Sebelum ini memang dia ada berkongsi hasrat untuk memiliki sebuah kereta lagi. Saya cakap nanti tunggulah lepas habis sekolah. 

“Jadi semalam (Khamis) selepas dia habis shooting drama, saya kata makcik dia minta tolong buat reviu kereta untuk content. 

“Kami rekod video seperti biasa dan kemudian buat kejutan untuknya. Dia terharu sangat sebab tak sangka pula dia pergi tempat itu untuk ambil kereta,” ujarnya. 

Alyssa sebelum ini memiliki kereta jenis Toyota Vellfire pada usia 12 tahun.

Alyssa sebelum ini memiliki kereta jenis Toyota Vellfire pada usia 12 tahun.

Pada Julai 2020, Alyssa atau Aryanna Alyssa membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire menggunakan wang yang diperolehi daripada video-video nyanyian dimuat naik di saluran YouTube. 

Ketika itu, Alyssa baharu berusia 12 tahun dan keputusan membeli kereta tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen. 

Segelintir netizen menganggap, tindakan ibu bapa penyanyi berkenaan membeli sebuah kereta adalah tidak wajar berikutan pendapatan tersebut seharusnya digunakan untuk tujuan pelaburan masa hadapan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain